Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Thailand nilai semula peralihan pasca-pandemik Sept ini

    BANGKOK, 22 OGOS – Pasukan petugas COVID Thailand akan menilai semula peralihan pasca pandemik bulan depan sebelum memutuskan untuk menarik balik Dekri Darurat.

    Pemangku jurucakap kerajaan Anucha Burapachaisri berkata mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Jumaat lalu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Prayuth Chan o-Cha belum membuat sebarang keputusan mengenai pembatalan Dekri Darurat.

    “CCSA akan bermesyuarat untuk menilai semula peralihan pasca pandemik sebelum 1 Oktober untuk memastikan tiada kesan negatif dalam semua dimensi, dan bagi menyediakan pelan tindak balas sekiranya kesan seperti itu tidak dapat dielakkan.

    “Mesyuarat (Jumaat lalu) membincangkan rangka kerja dasar, garis panduan dan garis masa untuk peralihan pasca-pandemik di bawah prinsip “untuk membolehkan orang ramai hidup bersama COVID-19 dengan selamat dan dapat menjalani kehidupan normal”, dengan mengambil kira situasi semasa, risiko, dan langkah-langkah pencegahan,” katanya.

    Dekri Darurat yang pertama dikeluarkan pada Mac 2020 khusus untuk pihak berkuasa yang berkenaan menangani situasi COVID-19, dan mengawal penyebaran penyakit itu dengan ketat dan cekap.

    Dekri Darurat semasa akan tamat pada akhir September, ketika aktivis politik mendakwa ia bertujuan menghalang rapat umum. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...