Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Thailand pantau penularan wabak cacar monyet

    BANGKOK, 30 MEI – Kementerian Kesihatan Awam Thailand memantau rapi 12 individu yang kini menjalani kuarantin, termasuk pramugari dan penumpang yang mungkin terdedah kepada seorang pesakit cacar monyet yang berada dalam transit di negara itu.

    Pengarah Bahagian Epidemiologi Jabatan Kawalan Penyakit Dr Chakkarat Pitayawonganon berkata, penumpang itu berada di lapangan terbang di Bangkok sebelum menaiki penerbangan ke Australia di mana dia kemudiannya disahkan positif cacar monyet.

    “Sehingga kini, kesemua 12 individu itu tidak menunjukkan sebarang gejala sejak tujuh hari lalu. 

    “Bagaimanapun, kami akan memantau dengan teliti untuk tempoh dua minggu lagi kerana tempoh inkubasi boleh mencecah hingga 21 hari,” katanya.

    Beliau menambah kes yang disahkan itu mengalami simptom cacar monyet ketika berada di Australia.

    Sementara itu, Dr Chakkarat berkata tiada kes cacar monyet dikesan di negaranya setakat ini dan lima kes disyaki cacar monyet di Phuket telah diuji negatif.

    “Mereka dijangkiti virus herpes simplex (HSV) dan sedang menerima rawatan di Institut Penyakit Berjangkit Bamrasnaradura,” katanya.

    Sementara itu, Jabatan Pemuliharaan Taman Negara, Hidupan Liar dan Tumbuhan (DNP) telah meningkatkan saringan import hidupan liar di lapangan terbang dalam usaha  membendung penularan cacar monyet.

    Bangkok Post melaporkan bahawa DNP berusaha menyekat import haiwan liar sehingga langkah-langkah kawalan wabak cacar monyet dilaksanakan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...