Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Thailand perkenal langkah tambahan tangani kejatuhan ekonomi akibat krisis Rusia-Ukraine

    BANGKOK, 2 MAC – Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha berkata Thailand sedia memperkenalkan langkah tambahan untuk menangani sebarang kejatuhan ekonomi akibat pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

    Beliau berkata semua kementerian berkaitan bermesyuarat pada Isnin lalu untuk membincangkan perkembangan terkini mengenai krisis Rusia dan Ukraine.

    “Kementerian berkaitan akan membangunkan langkah dalam pelbagai sektor untuk menangani situasi (jika ada) dalam tiga peringkat,” katanya tanpa menjelaskan lebih lanjut.

    Ketika ditanya mengenai pendirian Thailand akan perang Rusia dan Ukraine, Prayuth berkata Thailand berpegang dengan pendirian yang sama seperti ASEAN, menyeru semua pihak mematuhi prinsip saling menghormati dan menyelesaikan pertikaian mereka secara aman.

    “Ia mengenai keputusan kumpulan serantau. Kita perlu menjaga keseimbangan. Paling penting, kita mesti memastikan keselamatan rakyat, termasuk warga Thailand.

    “Kita berharap rundingan damai akan menamatkan konflik itu tidak lama lagi,” katanya.

    Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar, Don Pramudwinai berkata Thailand tidak akan tergesa-gesa mengecam Rusia dan akan memantau keadaan dengan teliti dan melihat sama ada ia boleh membantu meredakan keadaan.

    “Semua orang tahu bahawa, jika perang berlarutan, harga bahan tenaga akan meningkat. Ini akan diikuti dengan kenaikan inflasi. Kami tidak mahu begitu,” katanya dipetik oleh Thai PBS.

    Pada Isnin, seramai 25 orang duta bertemu Setiausaha Tetap Kementerian Luar Thai, Thani Thongphakdi bagi menyatakan penentangan mereka terhadap pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan menyokong resolusi Perhimpunan Agung PBB (UNGA) mengenai krisis Ukraine. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...