Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Thailand perkenalkan caj AS$9 bermula April

    BANGKOK, 12 JAN – Thailand akan memperkenalkan bayaran kemasukan AS$9 bagi pelancong asing bermula April, kata pegawai hari ini, meskipun ketika kerajaan itu berusaha untuk menarik semula pelancong dan memulihkan sektor pelancongannya yang dijejaskan oleh COVID-19.

    Peraturan kemasukan ketat telah dikenakan untuk mengekang pandemik yang menghambat industri pelancongan penting Thailand tahun lalu, menyumbang kepada prestasi teruk ekonomi negara berkenaan dalam tempoh 20 tahun.

    Caj baharu berjumlah 300 baht (AS$9) akan dimasukkan ke dalam tambang penerbangan, kata jurucakap kerajaan, Thanakorn Wangboonkongchana dalam satu kenyataan.

    Sebelum pandemik, hampir 40 juta pengunjung setahun masuk ke Thailand, namun kerajaan itu berharap untuk membaharui semula strategi pelancongan dengan tumpuan besar terhadap kemapanan.

    “Hasil pendapatan tersebut akan digunakan untuk liputan insurans pelancong luar negara dan peningkatan infrastruktur bagi pelancongan mapan,” kata gabenor Penguat kuasa Pelancongan Thailand, Yuthasak Supasorn kepada AFP.

    Gambar fail bertarikh 17 Julai 2020 menunjukkan pelancong duduk di atas gajah di Ayutthaya, Bangkok. Thailand pada 12 Januari mengumumkan akan memperkenalkan caj masuk AS$9 bagi pelancong asing bermula April ini. – AFP

    Hasil pendapatan pelancongan itu diramal sekitar AS$39 bilion hingga AS$54 bilion tahun ini, menurut Kementerian Pelancongan dan Sukan – sekitar AS$24 bilion yang dijangka dari pengembara luar negara.

    Dianggarkan seramai lima juta pelancong asing dijangka akan mengunjungi kerajaan itu pada tahun 2022 jika corak perjalanan semasa kekal sama, menurut ramalan kementerian – menurun daripada hampir 40 juta setahun sebelum pandemik.

    Namun jumlah itu boleh meningkat kepada 15 juta pengunjung jika menerima ketibaan dari China, India dan negara jiran, meningkat.

    Thailand melonggarkan peraturan kemasukannya semasa penghujung 2021 ketika ia berusaha untuk merangsang pelancongan, namun merubah peraturan sekali lagi ketika varian Omicron meningkat di seluruh dunia.

    Pihak berkuasa telah melanjutkan penangguhan skim ‘uji dan pergi’ tanpa kuarantin sehingga makluman selanjutnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...