Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Thailand: Pita letak jawatan

    BANGKOK, 15 SEPT – Pita Limjaroenrat meletak jawatan sebagai ketua Parti Move Forward Party (MFP) bagi memberi laluan kepada ketua baharu untuk membawa suara pembangkang di parlimen.

    MFP yang diketuai lelaki berusia 43 tahun itu telah memenangi 151 kerusi pada Pilihan Raya Umum 14 Mei lalu.

    Bagaimanapun, beliau telah digantung tugas sebagai ahli parlimen (MP) oleh Mahkamah Perlembagaan pada Julai.

    Pita menerusi akaun media sosial berkata, di bawah perlembagaan semasa, ketua pembangkang mestilah seorang ahli parlimen.

    “Saya masih digantung tugas dan saya tidak boleh melaksanakan tugas sebagai ahli parlimen serta ketua pembangkang di parlimen dalam masa terdekat.

    Pita Limjaroenrat melambai semasa keluar dari bilik mesyuarat di parlimen di Bangkok, Thailand, pada 19 Julai lalu. – AP

    “Oleh itu, saya memutuskan untuk meletak jawatan sebagai ketua parti MFP dan parti akan memilih dari kalangan ahli parlimen untuk menjadi ketua pembangkang yang baharu,” tulisnya.

    Pita memberi jaminan bahawa beliau akan kekal bersama MFP dan berbakti untuk rakyat.

    “Tidak kira status saya, saya tidak akan ke mana-mana. Saya akan bekerja dengan kudrat dan kebolehan terbaik saya untuk memacu agenda perubahan yang kita mahu bersama,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...