Thailand rai ulang tahun hari keputeraan raja baru

BANGKOK, 28 Julai – Sami-sami berhimpun bagi upacara memberi derma beramai-ramai dan setem peringatan yang gemerlapan dikeluarkan hari ini ketika rakyat Thailand memperingati hari keputeraan ke-65 tahun Raja Maha Vajiralongkorn – buat kali pertama sebagai raja di negara yang demam politik itu.

Vajiralongkorn menaiki takhta lewat tahun lalu selepas kemangkatan ayahandanya yang amat dihormati, Bhumibol Adulyadej, yang membentuk seperti pendewaan ekoran pemerintahan baginda selama 70 tahun.

Thailand masih bersedih dengan kemangkatan Bhumibol dan perayaan hari ini senyap berbanding dengan perarakan dan keraian lain yang memperingati keputeraan mendiang raja.

Prayuth Chan-O-Cha (tengah) menyerahkan sumbangan kepada sami Buddha sempena ulang tahun hari keputeraan Raja Thailand Maha Vajiralongkorn di Royal Plaza di Bangkok pada 28 Julai. – AFP
Prayuth Chan-O-Cha (tengah) menyerahkan sumbangan kepada sami Buddha sempena ulang tahun hari keputeraan Raja Thailand Maha Vajiralongkorn di Royal Plaza di Bangkok pada 28 Julai. – AFP

Tidak jelas sama ada Vajiralongkorn berada di negara baginda bagi keputeraannya atau berada di luar negara, tempat baginda lebih banyak menghabiskan masanya.

Baginda tidak menghadiri upacara keagamaan awal pagi berhampiran Royal Plaza, Bangkok, yang mana lebih 600 orang sami Buddha berbaris untuk derma dari ketua junta Prayut Chan-O-Cha dan para pegawai lain.

Di bahagian-bahagian lain bandar itu, perniagaan-perniagaan tempatan mendirikan potret raja baru manakala mereka yang memberi ucap selamat berbaris untuk mendapatkan setem pos edisi khas yang memaparkan gambar raja. – AFP