Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Thailand rancang buka semula sempadan dengan M’sia Mac ini

    BANGKOK, 14 FEB – Thailand merancang membuka semula sempadan Thailand-Malaysia pada Mac untuk meningkatkan ketibaan pelancong, memandangkan pelancong Malaysia adalah kumpulan terbesar yang mengunjungi negara itu sebelum pandemik COVID-19.

    Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) dan Pusat Operasi Kecemasan Pelancongan (EOC) diarah menyedia dan menggariskan langkah kelonggaran pandemik bagi pembukaan semula wilayah sempadan selatan di pintu masuk Songkhla, Narathiwat, Yala dan Satun.

    “Pelancong dari negara jiran Malaysia akan memasuki Thailand melalui program ‘Test & Go’ tanpa kuarantin. Namun, pengembara perlu melepasi dua ujian RT-PCR COVID-19 iaitu semasa hari pertama ketibaan dan pada hari kelima,” kata Timbalan Jurucakap Kementerian Luar, Natanu Nopakun pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.

    Ketika ini, di bawah program ‘Test & Go’, pengembara perlu memohon pas kebenaran sebelum memasuki negara itu, membeli insurans perubatan dengan perlindungan minimum AS$50,000 dan menunjukkan keputusan ujian RT-PCR COVID-19, yang dibuat dalam tempoh 72 jam sebelum perjalanan. Selain itu, pengembara perlu membuat tempahan awal di hotel yang ditetapkan serta melakukan ujian RT-PCR COVID-19 pada hari pertama dan kelima.

    Thailand membuka pintu kepada pengunjung lengkap divaksin dari 63 negara dan wilayah melalui program ‘Test & Go’ berkuat kuasa November 2021. Bagaimanapun, program itu digantung pada akhir Disember berikutan kebimbangan terhadap penularan varian Omicron.

    Program ‘Test  & Go’ disambung semula pada 1 Februari  bagi memulihkan sektor pelancongannya apabila jangkitan COVID-19 dilihat berkurangan di negara itu. – Bernama

    Gambar fail Phuket di Thailand. Thailand merancang membuka semula sempadan dengan Malaysia Mac ini bagi meningkatkan industri pelancongannya.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...