Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Thailand sahkan kes pertama cacar monyet

    BANGKOK, 22 JULAI – Thailand telah mengesahkan kes pertama cacar monyet melibatkan seorang warga Nigeria berusia 27 tahun yang melakukan perjalanan dari Nigeria ke Phuket, kelmarin.

    Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Opas Karnkawinpong berkata lelaki itu mengalami sakit kira-kira seminggu dan dimasukkan ke sebuah hospital swasta di pulau peranginan itu.

    “Pesakit itu, mengalami simptom seperti demam, batuk, sakit tekak, hidung berair dan ruam, kemudian ujian saringan PCR didapati positif cacar monyet pada Selasa,” katanya dalam satu kenyataan.

    Jawatankuasa Kawalan Penyakit Kebangsaan mengesahkan ia adalah kes pertama cacar monyet di Thailand.

    Dr Opas berkata pihak berkuasa kesihatan telah diarahkan untuk meningkatkan pengawasan bagi mengekang penularan penyakit itu. 

    Cacar Monyet, penyakit virus yang jarang berlaku dan kebiasaannya dilaporkan di kawasan hutan hujan tropika di tengah dan barat Afrika. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...