Thailand sahkan kes tempatan varian UK

BANGKOK, 7 APRIL – Thailand telah mengesahkan kes pertama tempatan varian United Kingdom sekali gus menjangkakan berdepan gelombang baharu pandemik, kata doktor kanan hari ini.

Varian itu ditemui dalam sampel darah daripada 24 orang dalam kluster baharu melibatkan pelanggan di kawasan kelab malam di bandar Bangkok, kata Dr Yong Pooworavan, seorang virologi dari Fakulti Perubatan di Universiti Chulalongkorn Bangkok. – AP