Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Thailand sambut baik kedatangan pelancong China

    BANGKOK, 9 JAN – Seramai tiga Menteri Kabinet menyambut kedatangan pelancong China kelmarin dengan bunga dan hadiah setelah mereka mendarat di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok selepas China melonggarkan sekatan perjalanan.

    Acara berprofil tinggi itu menggambarkan kepentingan yang diletakkan oleh Thailand untuk menarik minat pelancong China supaya berkunjung ke negara itu untuk membantu menghidupkan semula industri pelancongan yang terkesan teruk oleh pandemik, yang menyumbang sebanyak satu pertiga daripada ketibaan keseluruhan sebelum dilanda COVID-19.

    Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul serta menteri-menteri pengangkutan dan pelancongan merupakan antara pegawai yang memberi tepukan semasa 269 orang penumpang Xiamen Airlines dalam penerbangan MF833 dari Xiamen, tenggara China melangkah masuk ke terminal. Ia merupakan salah satu penerbangan pertama yang tiba di Thailand sejak Beijing melonggarkan sekatan perjalanan baru-baru ini.

    Para penumpang telah menerima kalungan bunga dan beg hadiah kecil, dan disambut dengan kain rentang besar bertulis, “China dan Thailand adalah satu keluarga, Amazing Thailand sentiasa menyambut baik keluarga China kami.” – AP

    Anutin memberikan kalungan bunga kepada pelancong China setelah mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Thailand. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...