Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Thailand sedia bekal semula lembu ke Malaysia menjelang Aidiladha

    HATYAI, 22 ARPIL – Thailand sedia bekal semula lembu dengan mematuhi semua peraturan dan prosedur import yang ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Malaysia, khususnya untuk ibadah korban menjelang Hari Raya Aidiladha pada Julai nanti. 

    Pengarah Bahagian Kerjasama Antarabangsa Ternakan, Jabatan Pembangunan Ternakan Thailand (DLD) Dr. Wacharapon Chotiyaputta memberitahu Bernama negaranya mempunyai kemudahan, kapasiti dan bekalan yang mencukupi untuk eksport.

    Pemain industri, termasuk pengeksport dan penternak lembu di Thailand memberi jaminan akan mematuhi peraturan dan prosedur import Malaysia untuk memastikan ternakan bebas daripada penyakit. 

    Pada 7 Jun, 2021, JPV menggantung import lembu dan kerbau dari Thailand berkuatkuasa serta merta selepas menilai risiko penularan penyakit Lumpy Skin Disease (LSD) yang dilaporkan di lebih 41 wilayah di Thailand. Ketetapan  itu diambil bagi membendung risiko penularan penyakit LSD dari Thailand, demi kepentingan industri penternakan ruminan Malaysia. 

    Selepas beberapa perjumpaan, perbincangan dan penambahbaikan beberapa peraturan dan prosedur import,  JPV menarik balik larangan import lembu dan kerbau dari Thailand berkuatkuasa serta merta pada 15 Mac lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...