Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Thailand seru hentikan keganasan di Myanmar

    BANGKOK, 30 DIS – Thailand menggesa keganasan di Myanmar segera ditamatkan kerana pertempuran menimbulkan ketegangan di sepanjang sempadan kedua-dua negara.

    Jurucakap Kementerian Luar Tanee Sangrat berkata, Thailand berharap semua pihak yang terlibat akan mengadakan perbincangan dan menyelesaikan perselisihan mereka secepat
    mungkin.

    “Selain itu, semua pihak mesti memulihkan keamanan dan kestabilan di sepanjang sempadan untuk memastikan rakyat selamat dan dapat meneruskan rutin kehidupan mereka,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

    Tanee berkata pihak berkuasa tempatan bekerjasama dengan penduduk kampung di sepanjang sempadan Thailand-Myanmar di wilayah Tak untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Myanmar.

    Media melaporkan pada malam Krismas, 35 orang awam dibunuh dan mayat mereka dibakar di Negeri Kayah di Timur Myanmar.

    Mereka termasuk empat kanak-kanak dan dua kakitangan organisasi kemanusiaan Save the Children.

    Sebagai jiran Myanmar, Tanee menyebut Thailand prihatin dengan keganasan di banyak bahagian Myanmar.

    Sementara itu, Tanee berkata Thailand berharap ASEAN dan pengerusinya bagi 2022, Kemboja akan membawa kemajuan positif untuk menamatkan krisis Myanmar. – Bernama

    Gambar yang dikongsikan Karenni Nationalities Defense Force (KNDF) menunjukkan asap dan kepulan api keluar dari kenderaan-kenderaan di perbandaran Hpruso, negeri Kayah, Myanmar pada 24 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...