Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Thailand tahan suspek penipuan

    BANGKOK, 20 JAN – Seorang suspek yang dikehendaki berhubung dengan dakwaan skim manipulasi saham yang membuatkan sebuah kedai delikatesen kecil di New Jersey disenaraikan sebagai sebuah syarikat awam bernilai AS$100 juta, bersetuju untuk diekstradisi secara sukarela ke Amerika Syarikat (AS) selepas ditahan minggu lalu di pulau peranginan Phuket, kata seorang pegawai undang-undang Thailand, hari ini.

    Peter Coker Jr diburu oleh pihak berkuasa AS atas dakwaan penipuan dan manipulasi saham berhubung dengan dua buah syarikat, Hometown International dan E-Waste Corp, yang telah didagangkan di luar bursa.

    Dua orang lelaki lain yang dikenakan tuduhan yang sama, Peter Coker Sr dan James Patten, telah ditangkap di AS tahun lalu. Waran telah dikeluarkan untuk penangkapan Coker Jr, seorang rakan dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan di Hong Kong.

    Firma undang-undang Bangkok yang mewakili Coker tidak memberikan sebarang respons semasa ditanya melalui panggilan telefon mengenai kes tersebut.

    Aktiviti haram itu terbongkar pada 2021, apabila laporan media mendedahkan bahawa Hometown International, yang aset tunggalnya sebuah delikatesen di Paulsboro, New Jersey, mempunyai nilai kira-kira AS$100 juta.

    Keadaan luar biasa itu awalnya dinyatakan kepada umum oleh David Einhorn, seorang pengurus dana lindung nilai, yang bergurau dalam surat amaran kepada pelanggannya mengenai syarikat bahawa ‘hidangan pastraminya pasti luar biasa’. – AP

    Peter Coker Jr semasa ditahan oleh polis Thailand di pulau peranginan di Phuket pada 11 Januari lalu.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...