Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Thailand tegah guna mata wang kripto bayar barangan, perkhidmatan

    BANGKOK, 23 MAC – Pengawal selia keselamatan Thailand mengumumkan hari ini yang ia telah menegah pembayaran menggunakan mata wang kripto bagi barangan dan perkhidmatan.

    Peraturan itu berkuat kuasa 1 April tidak menegah pelaburan dalam mata wang kripto, yang semakin popular pada tahun lalu selepas dipromosi oleh pertukaran tempatan.

    Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa berkata ia mengambil tindakan itu untuk melindungi kestabilan sistem kewangan dan monetari negara itu daripada ancaman termasuk pelaburan wang haram dan jenayah siber lain.

    Peraturan itu juga secara khusus menegah promosi mata wang kripto bagi pembayaran di samping pengagihan perisian dan alat bagi tujuan tersebut. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...