Thailand timbang buka sempadan

BANGKOK, 9 JUN – Thailand mempertimbangkan membuka semula sempadannya, ketika ia hanya melaporkan dua kes baharu hari ini, menjadikan keseluruhan kes kepada 3,121 dengan 58 kematian.

Timbalan Perdana Menteri Somkid Jatusripitak berkata kerajaan kini sedang mempertimbangkan membuka sempadannya dengan keutamaan kepada negara yang bebas COVID-19, pada suku ketiga atau keempat tahun ini.

Beliau berkata kelonggaran ke atas perjalanan di dalam negara akan melonjakkan industri pelancongan yang terjejas teruk.

“Ia tidak perlu buat seluruh negara – kami boleh membenarkan pelawat dari bandar atau wilayah yang bebas virus. Sekatan perjalanan akan dilonggarkan secara beransur-ansur dan pelancong asing dijangka kembali dalam suku ketiga atau keempat tahun ini,” katanya. – Bernama