Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Thailand wajar buka sempadan Myanmar

    KUALA LUMPUR, 5 MEI – Malaysia dan Indonesia selaku anggota pengasas ASEAN perlu menerajui usaha untuk meminta Thailand membuka sempadannya dengan Myanmar bagi memudahkan usaha bantuan kemanusiaan dilaksanakan.

    Membuka sempadan bersama itu dapat memastikan agihan dan penyelarasan bantuan kemanusiaan rentas sempadan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan untuk membantu pelarian yang melarikan diri daripada pemerintahan junta.

    “Kami gesa kerajaan Thailand dan ahli pengasas ASEAN (Malaysia dan Indonesia) untuk bekerjasama dan secara proaktif untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan di Myanmar,” kata bekas menteri luar Thailand, Kasit Piromya pada webinar bertajuk ASEAN’s Five point Consensus: Humanitarian Assistance to Myanmar hari ini.

    Sebelum ini, media melaporkan beribu-ribu penduduk Myanmar yang berlindung di khemah sementara di tepi sungai Moei bersempadan Thailand, takut untuk pulang ke rumah mereka tetapi enggan mencari perlindungan merentasi sempadan.

    Kasit, merangkap ahli lembaga Ahli Parlimen ASEAN untuk Hak Asasi Manusia (APHR), turut mencadangkan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Thailand membuka sempadannya dengan Myanmar bagi memudahkan bantuan kemanusiaan.

    Ditanya mengenai keputusan mesyuarat perundingan esok, beliau berkata rundingan itu lebih kepada teori dan mungkin sukar untuk mengharapkan sesuatu daripada pertemuan berkenaan. Menurut agensi berita Xinhua, mesyuarat itu akan dihadiri secara fizikal dan maya oleh wakil peringkat tinggi dari semua negara anggota ASEAN, rakan kongsi, agensi khusus PBB dan organisasi antarabangsa yang berkaitan.

    Sementara itu, Felow Kanan Bersekutu Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS) dan bekas pengarah eksekutif pusat AHA, Adelina Kamal berkata sukar untuk mengharapkan hasil positif daripada mesyuarat perundingan esok. – Bernama

    Gambar dari Free Burma Rangers diambil pada 3 Mei menunjukkan orang awam yang bersembunyi dalam gua selepas serangan udara dan mortar tentera Myanmar menyasarkan kampung mereka. Thailand telah digesa untuk membuka sempadannya bersama Myanmar bagi menyelesaikan krisis kemanusiaan di Myanmar. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...