Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    The Abode anjur karnival sempena ulang tahun pertama

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Bagi memeriahkan festival sempena ulang tahun pertamanya, The Jungle Carnival di The Abode Resort and Spa telah menjemput orang ramai untuk meneroka dan merasai pengalaman Daerah Temburong.

    “Karnival itu dianjurkan sempena ulang tahun pertama kami dan ia merupakan sebahagian daripada Festival Disember Brunei 2022 Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan,” kata Pengurus Besar The Abode, Doris Suresh. Acara dua hari yang berakhir pada pukul 7 malam kelmarin dibukakan untuk orang ramai tanpa bayaran kemasukan, yang memberikan pengunjung untuk mengalami suasana karnival tersebut.

    “Kami mahu menyediakan sesuatu untuk dinikmati seisi keluarga, terutamanya mereka yang belum pernah ke The Abode,” kata Doris Suresh.

    “Apabila orang memikirkan The Abode di Temburong, mereka menganggap ia sebagai destinasi yang jauh.

    “Kami hanya berada dekat setelah awda sampai ke penghujung jambatan.

    “Kami gembira mengetahui reaksi pengunjung dan pengalaman mereka setelah datang untuk kali pertama di sini,” tambah Pengurus Besar The Abode itu.

    Karnival itu juga buat julung kalinya menampilkan kejohanan Rumble in The Jungle Boxing yang dianjurkan bersama oleh Khalifa Mixed Martial Arts.

    “Dalam pada itu, orang dewasa boleh menikmati kejohanan tersebut, manakala kanak-kanak boleh menikmati permainan yang telah disediakan,” tambah Doris Suresh.

    Kejohanan tinju yang diadakan semasa karnival berkenaan.
    Antara barang jualan dan aktiviti permainan yang telah disediakan semasa karnival berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...