Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    The Art of Dreams, gabungan alam dan teknologi

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan Porsche

    STUTTGART – Lanjutan siri pameran The Art of Dreams telah diadakan pada Minggu Rekaan Milan, sejajar dengan Salone del Mobile, di mana Porsche mempersembahkan karya seni Ruby Barber (Studio Mary Lennox, Berlin) yang menggabungkan alam semula jadi dengan teknologi moden.

    Seni Everywhereness yang diadakan dari 6 hingga 12 Jun lalu di halaman Palazzo Clerici (Via Clerici 5), bekas istana Milan, terdiri daripada jalan berselirat mawar liar yang menimbulkan persoalan tentang hubungan antara alam semula jadi, ruang buatan manusia dan teknologi. Sebahagian dari laluan pejalan kaki diperbuat daripada cermin, manakala lebah hidup menambah kesan yang seakan nyata.

    Pada Oktober 2021, Porsche telah melancarkan The Art of Dreams, satu siri seni interaktif di bandar-bandar utama.

    Ia telah bermula di Paris yang menampilkan karya artis Perancis, Cyril Lancelin, yang turut dipamerkan kemudian di Singapura.

    Semua kesenian bertemakan impian, diperhatikan dari perspektif yang berbeza.

    Penempatan botani dari Ruby Barber menggalakkan penonton untuk mempersoalkan rasa realiti mereka sendiri, dan mengikuti impian mereka dalam jalan berselirat kehidupan, tidak kira betapa nyata mereka kelihatan.

    Porsche dengan karya seni botani di Minggu Rekaan Milan.
    The Art of Dreams diadakan dari 6 hingga 12 Jun lalu di halaman Palazzo Clerici (Via Clerici 5), bekas istana Milan.
    Seni hasil karya Ruby Barber (Studio Mary Lennox, Berlin) yang menggabungkan alam semula jadi dengan teknologi moden.
    Pemandangan dari atas The Art of Dreams di halaman Palazzo Clerici.

    “Kami gembira menjadi sebahagian daripada Minggu Rekaan Milan buat kali pertama. Ia adalah persekitaran yang sempurna untuk meneruskan siri pameran kami yang telah berjaya dilancarkan,” kata Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) di Porsche, Robert Ader.

    “Reka bentuk, kreativiti, hubungan antara manusia dan teknologi, dan tema impian, semua ini adalah padanan yang sangat baik untuk jenama kami, dan Ruby Barber telah mengubahnya menjadi karya seni dengan cara yang memberi inspirasi. Kami berharap karyanya yang seakan nyata akan merangsang dan menggembirakan ramai pengunjung ke minggu reka bentuk itu,” tambahnya.

    “Studio kami sangat terilham oleh persimpangan antara persekitaran manusia dan dunia semula jadi,” kata Ruby Barber.

    “Bekerja dengan jenama seperti Porsche menawarkan peluang yang baik untuk meneroka hubungan ini dengan penekanan pada teknologi, seni bina, reka bentuk dan kecantikan.

    “Tajuk Everywhereness terlintas di fikiran kami semasa meneroka kemungkinan masa depan botani dan teknologi serta ruang yang boleh didiami oleh entiti-entiti. Everywhereness tidak terikat pada satu ketika atau tempat, ia lebih merupakan perasaan kemungkinan yang luas dalam persekitaran yang tidak terhingga,” tambahnya.

    Di samping penempatan botani artis berkenaan ialah Porsche 911 S 2.4 Targa 1972 dalam bentuk bahagian unik yang dipulihkan. Kereta itu pertama kali dipersembahkan untuk menandakan ulang tahun ke-50 Porsche Design.

    Di samping itu, TAG Heuer mengiringi pameran sebagai penjaga masanya, menyampaikan masa persembahan penempatan seni kepada penonton. Porsche juga menaja Brera Design Week 2022, memberikan sokongan menyeluruh untuk senario seni kreatif yang berkumpul di Milan dalam tempoh ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    2 ditahan lepaskan tembakan ke rumah bintang Bollywood

    AHMEDABAD, 16 APRIL – Dua anggota kumpulan penjenayah terkenal ditahan polis India hari ini kerana melepaskan tembakan ke arah rumah pelakon Bollywood, Salman Khan...