The Blues kecundang di West Ham

LONDON, 2 JULAI – West Ham meranapkan harapan Chelsea untuk terus kekal di kedudukan empat teratas liga setelah menang 3-2 pada perlawanan semalam, sementara Pierre-Emerick Aubameyang meledakkan dua gol ketika Arsenal kembali mengejar kelayakan Eropah dengan membelasah Norwich 4-0.

Chelsea gagal memanfaatkan kekalahan Leicester yang berada di kedudukan ketiga apabila Leicester tewas 2-1 di Everton pada perlawanan awal semalam, tetapi sebaliknya Blues tewas untuk pertama kalinya sejak Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali semula.

Jaringan pembukaan West Ham di Stadium London dibatalkan oleh VAR kerana ofsaid menerusi Tomas Soucek.

Willian menjaringkan gol pembukaan buat Chelsea melalui sepakan penalti lima minit sebelum separuh masa pertama tamat apabila Issa Diop menjatuhkan Christian Pulisic di kawasan petak penalti.

Soucek berjaya menjaringkan gol di awal separuh masa kedua perlawanan ketika West Ham akhirnya menjaringkan gol pertama mereka sejak EPL kembali semula.

Antonio meletakkan West Ham di depan pada minit ke-51 melalui hantaran lintang Jarrod Bowen.

Kemudian sepakan percuma oleh Willian pada minit ke-70 kembali menyamakan kedudukan, tetapi West Ham berjaya menemukan gol kemenangan di minit-minit akhir perlawanan pada minit ke-89 ketika pemain gantian, Andriy Yarmolenko melakukan serangan balas dengan cemerlang.

Chelsea ketinggalan satu mata di belakang Leicester dan hanya dua di depan Manchester United dan Wolves juga mengintai untuk kelayakan Liga Juara-Juara dengan berbaki enam perlawanan sahaja lagi. – AFP

Aksi Andriy Yarmolenko dari West Ham ketika melakukan rembatan bagi jaringan gol ketiga dan kemenangan semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara West Ham United dan Chelsea di Stadium London, semalam. – AP