The Blues, Sevilla terikat tanpa jaringan

LONDON, 21 OKT – Frank Lampard mengakui dia gembira memperoleh satu mata dan tanpa bolos ketika Chelsea seri tanpa jaringan dalam saingan pembukaan Liga Juara-Juara berdepan Sevilla semalam selepas banyak kritikan terhadap kemampuan pertahanannya.

Edouard Mendy kembali daripada kecederaan untuk menggantikan Kepa Arrizabalaga di gawang namun pemain antarabangsa Senegal itu tidak berdepan masalah pada perlawanan itu berbanding pada saingan awal musim Liga Perdana Inggeris.

Ketika itu Chelsea seri 3-3 sebanyak dua kali dalam lima perlawanan pembukaan mereka termasuk di laman sendiri berdepan Southampton ketika mereka mensia-siakan dua kali kelebihan dimiliki.

Skuad Blues hanya menang dua daripada enam perlawanan kempen kali ini tapi tampak lebih kukuh dengan kehadiran Thiago Silva di bahagian pertahanan apabila Chelsea memasukkan lima pemain baharu dalam kesebelasan utama mereka.

“Dia sangat bagus hari ini. Dia membawa kualiti dan pengalaman yang memberi kesan kepada pemain lain selain memainkan peranan penting kami tidak bolos,” kata Lampard mengenai pemain pertahanan tengah veteran dari Brazil itu.

“Kami boleh menjadi lebih baik. Kami tidak ada pemain di situ yang sentiasa bermain, lebih banyak kami lakukan, kami akan menjadi lebih baik.” – AFP

Aksi penyerang Chelsea, Timo Werner dan pemain tengah Sevilla, Marcos Acuna ketika merebut bola semasa perlawanan Liga Juara-Juara UEFA di Stadium Stamford Bridge, semalam. – AFP