The Boyz buat kemunculan istimewa pada September ini

Agensi kumpulan penyanyi Kpop, Cre.ker Entertainment mengumumkan yang kumpulan The Boyz akan membuat kemunculan semula pada September ini, menjadikan ia aktiviti album pertama mere-ka sejak memenangi ‘Road to Kingdom’ Mnet.

Menurut laporan daripada laman Soompi, kumpulan itu yang sedang meningkat naik sejak kemenangan mereka dalam rancangan Road to Kingdom yang disiarkan awal Jun akan meneruskan aktiviti kemunculan mereka dengan sepantas mungkin dalam suku kedua tahun ini.

Dengan kemunculan itu, ia akan menandakan sudah tujuh bulan mereka melancarkan album pertama REVEAL yang dikeluarkan pada Februari lalu. – Agensi

Kumpulan Kpop The Boyz akan membuat debut mereka pada September ini. – Agensi