The Cherries buat kejutan ratah Foxes

LONDON, 13 JULAI – Harapan untuk mempertahankan slot Liga Juara-Juara buat Leicester semakin tidak begitu pasti sejurus selepas kekalahan teruk 4-1 menentang Bournemouth yang bergelut di zon penyingkiran pada perlawanan kelmarin, merupakan persembahan terburuk Leicester sejak Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali dari penutupannya selama tiga bulan akibat koronavirus.

“Saya ingin meminta maaf kepada penyokong kerana keputusan ini tidak boleh diterima oleh pasukan Leicester,” kata pengurus Leicester, Brendan Rodgers.

“Anda tidak boleh melakukan seperti itu dan saya tidak pernah berada di tempat yang teruk seperti itu sejak saya berada di sini, itu sangat mengecewakan. Kami kekurangan semangat dan disiplin.”

Leicester hanya menang sekali dalam enam perlawanan liga sejak EPL kembali semula dan hanya berjaya mengumpul enam mata dan turun ke tangga keempat.

Leicester boleh turun ke tangga kelima esok jika Manchester United berjaya mengalahkan Southampton.

Aksi Dominic Solanke dari Bournemouth, ketika melakukan rembatan gol melepasi penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel untuk jaringan keempat pasukannya semasa perlawanan antara Bournemouth dan Leicester City di Stadium Vitality di Bournemouth, England, semalam. – AP

Di tempat kelima, bagaimanapun, boleh meraih tempat terakhir Liga Juara-Juara, jika larangan Liga Juara-Juara terhadap Manchester City untuk musim depan disahkan oleh Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan esok.

Wolverhampton juga masih boleh merampas kedudukan kelima, yang berada tiga mata di belakang United setelah berjaya mengalahkan Everton 3-0 kelmarin.

Walaupun Leicester pernah memenangi gelaran liga pada tahun 2016, Leicester adalah pasukan yang jauh berubah dan dalam prestasi yang sangat mengagumkan sejak Rodgers mengambil alih pasukan itu.

Tetapi turun dari tangga ketiga dan tergugat untuk meraih tempat kelayakan Liga Juara-Juara musim depan.

Jamie Vardy meletakkan Leicester di depan pada separuh masa pertama di Bournemouth, yang mengubah permainan selama dua minit selepas rehat.

Junior Stanislas menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-66 setelah Callum Wilson dijatuhkan oleh Wilfred Ndidi dan Dominic Solanke meletakkan tuan rumah di depan selepas meneruskan perlawanan. Pemain pertahanan Leicester, Caglar Soyuncu, dilayangkan kad merah setelah menendang Wilson ketika dia berusaha mendapatkan bola.

Bournemouth menemukan gol ketiga pada minit ke-83 melalui hantaran Stanislas terkena Jonny Evans yang mengelirukan penjaga gawang Kasper Schmeichel.

Solanke melakukan rembatan untuk jaringan keduanya pada minit ke-87. – AFP