Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    The Citizens diakui sebagai pencabar hebat

    LONDON, 8 APRIL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata berdepan Manchester City adalah tugas yang paling sukar dalam perlawanan bolasepak dan memuji Pep Guardiola sebagai jurulatih terbaik di peringkat dunia.

    Pasukan Klopp akan berkunjung ke City pada Ahad dalam pertembungan penting dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

    Liverpool yang berada di tempat kedua ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, City dengan baki lapan perlawanan untuk kedua-dua pasukan.

    Kemenangan untuk Liverpool akan meletakkan mereka hadapan untuk menjulang trofi EPL buat kali kedua dalam tiga musim.

    Tetapi kekalahan Liverpool atau seri akan menjadikan juara bertahan City sebagai pasukan pilihan untuk mengekalkan kejuaraan tersebut.

    Itu akan menjadi satu tamparan buat Liverpool, memandangkan prestasi hebat mereka sejak kebelakangan ini, tetapi ia bukan kali pertama mereka tidak dapat mengejar kedudukan City walaupun bermain di tahap terbaik mereka.

    Pada tahun 2018 hingga 2019, City menjulang gelaran juara dengan kelebihan satu mata walaupun The Reds mencatat rekod mata untuk tempat naib juara.

    Klopp tahu bahawa City setakat ini adalah saingan paling sukar yang akan dihadapi oleh pasukannya ketika mereka berusaha mengejar kedudukan bersungguh-sungguh. – AFP

    Jurgen Klopp mengakui bahawa Manchester City adalah saingan yang paling sukar dalam perlawanan bola sepak dan Pep Guardiola adalah jurulatih terbaik di dunia. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...