Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    The citizens kembali ke puncak, Norwich tersingkir

    LONDON, 1 MEI – Manchester City mengekalkan kelebihan satu mata Liga Perdana ke atas Liverpool dengan baki empat perlawanan selepas menewaskan Leeds 4-0 kelmarin ketika Norwich tersingkir selepas tewas 2-0 di tangan Aston Villa.

    Terdahulu, Liverpool telah melonjak ke tangga teratas dengan kemenangan 1-0 di Newcastle hasil jaringan Naby Keita pada separuh masa pertama.

    Pengurus City, Pep Guardiola merehatkan pemain harapannya Kevin De Bruyne kerana yakin mereka dapat mengekalkan nasib perebutan kejuaraan di tangan mereka sendiri tanpa pemain tersebut.

    Rodri menanduk masuk hantaran daripada sepakan percuma Phil Foden pada minit ke-13 untuk mengurangkan tekanan City.

    Nathan Ake kemudian menyempurnakan hantaran Ruben Dias ketika pelawat sekali lagi meledak daripada sepakan bola mati awal babak kedua.

    Reaksi pemain Manchester City, Gabriel Jesus (kanan) selepas menjaringkan gol ketiga pasukannya semasa bola sepak Liga Perdana Inggeris. – AP

    Gabriel Jesus mengekalkan prestasi baiknya dengan penyudah cantik 12 minit sebelum tamat permainan sebelum Fernandinho melengkapkan jaringan pada masa kecederaan.

    “Kami perlu memenangi semua perlawanan bergelar juara liga. Jika tidak, Liverpool akan menjadi juara,” kata Guardiola.

    Penjaring terbanyak Liverpool Mohamed Salah, Thiago Alcantara, Fabinho dan Trent Alexander-Arnold antara yang direhatkan oleh Jurgen Klopp sejak awal.

    Detik penentu muncul pada minit ke-19 apabila pasukan tuan rumah berharap untuk mendapat sepakan percuma, Jordan Henderson dan Diogo Jota bergabung untuk membolosi Keita, yang melangkah masuk sebelum meledakkan jaringan melepasi Martin Dubravka yang tidak mampu menyelamatkan bola.

    Manakala hasil keputusan perlawanan Burnley menewaskan Watford 2-1 di Vicarage Road mengesahkan nasib Canaries.

    Keputusan itu bermakna Watford akan ketinggalan di dalam liga manakala Everton di tangga ke-18, yang akan melayan kunjungan Chelsea Ahad nanti akan berdepan masalah besar. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...