Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    The Citizens mampu tangani tekanan – De Bruyne

    LONDON, 22 APRIL – Kevin de Bruyne menegaskan bahawa Manchester City boleh mengatasi tekanan untuk bersaing dengan Liverpool dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

    City terselamat daripada separuh masa pertama untuk menewaskan Brighton 3-0 dengan tiga gol selepas separuh masa pertama di Stadium Etihad pada perlawanan Rabu lalu.

    De Bruyne menjadi pendorong apabila larian dan hantarannya yang agresif memberikan peluang kepada Riyad Mahrez dalam menjaringkan gol pembukaan untuk City.

    Kemenangan tersebut menyebabkan pasukan kendalian Pep Guardiola itu mendahului satu mata di hadapan Liverpool di tempat kedua dengan baki enam perlawanan.

    Ia adalah tindak balas yang ideal untuk Liverpool membelasah Manchester United pada perlawanan petang sebelumnya, serta kemenangan pasukan Reds ke atas City pada separuh akhir Piala FA pada hujung minggu lalu.

    Aksi Kevin De Bruyne semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester City dan Brighton, baru-baru ini. – AP

    Pemain tengah Belgium, De Bruyne percaya cara pasukan City menewaskan Brighton membuktikan mereka boleh menangani tekanan dalam perebutan gelaran juara.

    “Mungkin ada rasa gugup dengan penyokong tetapi saya rasa kami melakukannya dengan baik,” kata De Bruyne.

    “Jelas sekali ia sukar kerana semua orang berada di bawah tekanan. Kami tidak terganggu dengan tekanan tersebut.

    “Pada separuh masa kedua apabila awda menjaringkan dua gol pertama, ia lebih mudah dan saya fikir kami berjaya melakukannya dengan baik,” tambahnya.

    De Bruyne, yang kembali ke pasukan selepas terlepas separuh akhir Piala FA kerana kecederaan kaki, turut menambah gol ketiga untuk Bernardo Silva selepas Phil Foden menggandakan pendahuluan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...