Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    The Citizens semakin gah

    LONDON, 16 JAN – Cabaran terbesar sekarang ini bagi Pep Guardiola adalah untuk meyakinkan pemain Manchester City bahawa perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris belum berakhir.

    “Tugas saya adalah untuk meyakinkan pemain-pemain saya,” kata Guardiola selepas City menewaskan saingan terdekat mereka, Chelsea 1-0 kelmarin. “Berusaha untuk tidak percaya apa orang lain akan cakapkan.”

    Dengan City mendahului sebanyak 13 mata, tidaklah menghairankan jika orang ramai menganggap gelaran juara telah diraih oleh pasukan Guardiola buat kali keenam dalam 11 musim.

    Lagipun, juara bertahan sekarang memiliki 12 kemenangan berturut-turut dalam liga selepas Kevin De Bruyne menjaringkan gol yang menakjubkan pada minit ke-70 melengkapkan kemenangan di Stadium Etihad.

    City mencatatkan dua kekalahan sepanjang musim, mereka harus kalah lebih kurang tiga kali daripada 16 perlawanan untuk terlepas dari menduduki tempat pertama dan sudah pun bermain dengan semua pasukan teratas di tempat lawan.

    Liverpool, berada di tempat ketiga 14 mata ketinggalan serta hanya kurang dari dua perlawanan yang tertinggal, dilihat sebagai pasukan yang berkemungkinan dapat menghentikan City. Itu pun mustahil, memandangkan prestasi dan salasilah City.- AFP

    Reaksi pemain Manchester City meraikan sepenuh masa selepas mengalahkan Chelsea semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di stadium Etihad di Manchester, England, 15 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...