Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    The Citizens semakin gah, Real tumbang di Etihad

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 27 APRIL – Pep Guardiola berkata dia perlu berulang kali memberitahu pemainnya bahawa mereka telah menewaskan Real Madrid 4-3 dalam perlawanan Liga Juara-Juara kelmarin walaupun kecewa kerana tidak berjaya mengukuhkan kedudukan separuh akhir di Etihad.

    Kevin De Bruyne, Gabriel Jesus, Phil Foden dan Bernardo Silva berjaya meledak gol buat pasukan Guardiola, yang telah mendahului dua gol sebanyak tiga kali semasa perlawanan.

    Tetapi dua gol daripada Karim Benzema dan usaha yang cemerlang daripada Vinicius Junior memberi harapan kepada Madrid untuk satu lagi kebangkitan luar biasa Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu pada 4 Mei nanti.

    Guardiola kesal kerana membiarkan Liverpool terus ‘bernyawa’ dalam perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris selepas seri 2-2 di Etihad sembilan hari lalu dan mempunyai kekesalan serupa selepas permulaan hebat di mana mereka mampu mendahului 4-0 dalam tempoh setengah jam.

    Real Madrid, memegang rekod juara Eropah sebanyak 13 kali, bermain pada perlawanan separuh akhir ke-30 menentang City tetapi juara England tersebut membuktikan prestasi mereka sebagai pasukan pilihan sebelum perlawanan.

    Aksi Gabriel Jesus dengan Eder Militao dalam berebut bola semasa perlawanan separuh akhir Liga Juara-juara antara Manchester City dan Real Madrid di Stadium Etihad. – AFP

    Perlawanan berlalu 92 saat apabila benteng Real ditembusi oleh kelincahan Riyad Mahrez dan membuat hantaran lintang kepada De Bruyne dan kemudian membuat jaringan melepasi Thibaut Courtois.

    Jesus melakukan rembatan untuk menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-11 apabila David Alaba gagal memintas hantaran lintang De Bruyne.

    Juara Sepanyol itu beraksi tanpa kelibat Casemiro dan ketiadaannya menyebabkan City mudah menguasai bahagian tengah untuk melakukan serangan.

    Guardiola berang terhadap Mahrez selepas pemain itu enggan membuat hantaran kepada Foden yang tidak dikawal untuk membuat menjaringkan gol.

    Kemudian, Foden pula yang bersalah kerana mensia-siakan peluang keemasan apabila gagal memanfaatkan hantaran bola De Bruyne. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...