The Communicator inovasi di kala pandemik COVID-19

SAN DIEGO – Michael Conley, seorang yang mempunyai masalah pendengaran, merasa terasing sejak beberapa bulan kebelakangan apabila terhalang untuk berkomunikasi melalui bacaan gerak bibir di mana masyarakat menutupinya untuk mengekang penularan COVID-19.

Beliau kemudian menemui Ingrid Helton, seorang pereka busana yang memberikannya penyelesaian di mana penutup mulut dan hidung berplastik untuk orang biasa, membenarkan para pembaca gerak bibir untuk melihat pergerakan bibir mereka.

Ingrid Helton memulakan perniagaan bagi menyediakan penutup hidung dan mulut khusus di mana usahanya tidak dilakukan sendirian, malahan turut dilakukan oleh para usahawan lain. Sejak itu, mereka dihujani dengan tempahan yang bukan sahaja datang daripada kalangan kawan dan keluarga, malahan lebih kurang 48 juta warga Amerika yang mengalami masalah pendengaran.

“Kamu boleh mengetahui dengan hanya membaca daripada ekspresi wajah seseorang yang membuktikan ia boleh membantu semua orang,” ujar Helton.

Para guru memerlukannya untuk pelajar Bahasa Inggeris yang sukar mengikuti pembelajaran tanpa melihat penutur asli menyebut setiap perkataan.

Gambar bertarikh 3 jun 2020 menunjukkan Michael Conley (kiri) bercakap dengan pengarah costum San Diego Opera (kanan) ketika menggunakan penutup mulut dan hidung berplastik di San Diego. – AP
Helton menjahit salah satu penutup mulut dan hidung berplastik di san diego. – AP
Bagi memudahkan orang yang mengalami masalah pendengaran, Ingrid Helton, pengarah costum di San Diego Opera telah membuat penutup mulut dan hidung berplastik untuk orang biasa, membenarkan para pembaca gerak bibir untuk melihat pergerakan bibir mereka. – AP

Pihak hospital dan perniagaan juga mahukannya bagi meningkatkan komunikasi, di mana semua orang boleh melihat senyuman para pekerja mereka.

“Kami mempunyai peniaga yang mahu melindungi para pekerja mereka tetapi para pelanggan perlu untuk melihat senyuman yang mereka berikan yang menjadikan diri mereka (pelanggan) senang,” kata Dr Anne McIntosh, doktor masalah pendengaran dan pengasas Safe n’ Clear di Carolina Utara. Pelindung pembedahan syarikat dengan permukaan anti kabus, The Communicator, merupakan yang pertama diluluskan oleh FDA.

The Communicator direka sebelum pandemik untuk menyelesaikan masalah pembaca gerak bibir alami sejak sekian lama dalam memahami pekerja hospital yang menggunakan penutup mulut dan hidung. Masalah tersebut semakin memburuk setelah pandemik di mana banyak jurubahasa masalah pendengaran tidak dapat pergi ke fasiliti perubatan oleh kerana virus yang mudah berjangkit.

Sejak penggunaan penutup mulut dan hidung meningkat di luar hospital, ia telah memberikan kesengsaraan kepada golongan yang mempunyai masalah pendengaran.

Conley, seorang pekerja muzium di San Diego, merasakan dirinya tiba-tiba terasing dari dunia. Tidak dapat melihat mulut, dia tidak mampu memahami atau mengetahui sesiapa yang bercakap dengannya. Dia jua merasa bimbang untuk pergi ke farmasi untuk mendapatkan bekalan perubatannya dan makanan dari kedai runcit.

Dia turut melangkah keluar dari restoran kawasan kejiranannya untuk 45 minit, memikirkan apa yang perlu dilakukannya jika pekerja yang memakai penutup mulut dan hidung memberikan soalan selepas memberikan pesanan makanan. Setelah memasuki restoran, dia bernasib baik dan tersentuh apabila seorang pekerja perempuan mengenalinya dan segera membuka penutup mulut dan hidungnya untuk bercakap dengannya.

Namun tidak semua orang mengenalinya. Dia perlu membawa kepingan kertas dengannya untuk membolehkan orang ramai menuliskan soalan apabila berkomunikasi – menyingkirkan keperluan untuk menanggalkan penutup mulut dan hidung tetapi ini bererti menyentuh kertas yang sama, dan boleh menjadikan ketidakselesaan mengarahkan orang ramai untuk melakukannya.

Seorang lelaki muda yang membungkuskan beliannya enggan melakukannya.

“Ia menjadikan anda hilang keyakinan dan sangat memberikan tekanan,” kata Conley, yang mengalami masalah pendengaran sejak dari lahir.

Selepas dia memberitahu rakan sekerjanya Chris LaZich mengenai cabaran tersebut, LaZich mencari bantuan daripada kawannya Helton, pengurus costum San Diego Opera yang dikenali dengan kemampuannya mereka pakaian daripada sesuatu barangan.

Helton yang telah memulakan syarikatnya, Happy Laugh Masks Conley terharu dengan tindakan ramai yang bersatu untuk membantu Conley mendapatkan kebebasannya.

Sebahagian rakannya di Fleet Science Center merancang untuk mengendahkan penutup mulut dan hidung Helton apabila muzium dibuka nanti. Dia dan LaZich membuat perjumpaan untuk mencuba prototaip tersebut.

“Saya tidak menghadapi masalah untuk membaca gerakan bibir awak,” Conley memberitahu LaZich yang berdiri enam kaki jauh selaras dengan peraturan penjarakan sosial.

Melalui penutup mulut dan hidungnya, LaZich memberikan senyuman kepadanya. – AP