The Crown menang besar di Emmy Awards

Siri kegilaan The Crown yang diterbitkan Netflix menang besar dengan merangkul tujuh trofi di Emmy Awards 2021 yang berlangsung di L.A. Live’s Event Deck.

Tujuh kategori itu termasuk Drama Siri Terbaik, Pengarahan Untuk Drama Siri Terbaik menerusi Jessica Hobbs, Pengarahan Untuk Drama Siri Terbaik (Peter Morgan).

Tidak ketinggalan, Pelakon Wanita Terbaik menerusi Olivia Colman, Pelakon Lelaki Terbaik (Josh O’Connor), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Gillian Anderson), dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Tobias Menzies).

Menurut Hobbs, dia amat berbangga dengan kemenangan kategori pengarahan itu memandangkan bukan mudah untuk sutradara wanita mendapat pengiktirafan di Emmy Awards.

“Tak banyak wanita pernah menang anugerah ini, jadi saya rasa berdiri sebaris dengan orang-orang luar biasa tertentu.

“Saya sangat bersyukur terhadap jalan yang mereka buka. Secara terperincinya mahu beri penghormatan kepada ibu saya yang berusia 77 tahun, namun masih mengarah,” katanya. Hobbs adalah anak perempuan kepada pengarah Aileen O’Sullivan. – Agensi

Drama The Crown terbitan Netflix menang besar dengan merangkul tujuh trofi di Emmy Awards 2021 baru-baru ini. – Agensi