Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    The Gadys pertaruh imej seksi untuk terkenal?

    Setiap kali kumpulan penyanyi wanita baharu muncul di persada seni, mereka tidak akan terlepas daripada stigma negatif iaitu hanya mempertaruhkan rupa dan imej seksi sebagai lesen untuk dikenali.

    Mungkin pengalaman lalu apabila ramai girl band yang wujud tidak mempunyai bakat menyanyi hingga ada yang terpaksa ‘miming’ setiap kali membuat persembahan menyebabkan kumpulan penyanyi wanita lain turut terkena tempias.

    Justeru, apabila kumpulan The Gadys dianggotai Nelissa Nizam, Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini ini muncul dengan single pertama berkonsepkan Syawal berjudul Gadys Raya, ramai mempersoalkan bakat dan tujuan berada dalam industri muzik.

    Nelissa berkata, beza antara The Gadys dengan kumpulan lain adalah latar belakang kerjaya seni.

    “Kami bermula bukan kerana menghadiri sesi uji bakat. Kami berkenalan ketika menyertai program realiti dalam YouTube. Selepas itu, berkawan rapat dan kerap melancong bersama.

    The Gadys dianggotai Nelissa Nizam, Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini. – Agensi

    “Dari situ, bakat The Gadys dikesan dan dilamar untuk menjadi artis rakaman. Selain itu, muzik dipertaruhkan juga berbeza. Ini kerana kami mempertaruhkan pelbagai genre.

    “Kami mempunyai latar belakang dalam seni persembahan kerana menuntut jurusan seni di institusi pengajian tinggi.

    “Anggota The Gadys memulakan kerjaya seni menerusi bidang lakonan seperti drama dan teater. Selepas itu, barulah kami ceburi bidang nyanyian.

    “Walaupun masih baharu, tetapi kami tetap mahu belajar. Sebagai persediaan, kami mengikuti kelas vokal untuk memperbaiki kelemahan dan mahu memberikan terbaik kepada peminat,” katanya kepada media.

    Mengulas dakwaan suka bergaya seksi dalam media sosial, Nelissa berkata, imej The Gadys lebih kepada messy, bukannya seksi.

    “Gaya The Gadys sama seperti gadis lain. Kalau lihat penampilan dalam aplikasi TikTok, kami lebih menekankan soal warna dalam penampilan.

    “Kami akan mengenakan warna sama dalam pemakaian. Kalau bukan warna, rekaan pakaian kena sama.

    “Namun, terpulang kerana prinsip kami mempertaruhkan bakat dan imej perlulah seiring jika itu dianggap seksi,” katanya.

    Apabila ramai menganggap The Gadys adalah pesaing kumpulan Dolla, Nelissa berkata, kehadiran mereka dalam industri bukanlah untuk bersaing dengan sesiapa, malah, tak rasa wujudnya persaingan.

    Terdahulu, lagu Gadys Raya berjaya menambat hati ramai sehingga mengaut 2.3 juta tanda suka di TikTok dan hampir setengah juta tontonan dalam YouTube. The Gadys mula mencuri apabila warganet mengkritik nyanyian ‘sumbang’ dan membandingkan mereka dengan kumpulan sedia ada. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...