Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    The Glory diadaptasi daripada kisah sebenar

    Memaparkan kisah buli di sekolah, siapa sangka drama The Glory sebenarnya diadaptasi dari situasi sebenar.

    Bagi yang belum tahu, The Glory membawa kisah Moon Dong-eun (Song Hye-kyo) yang dibuli di sekolah oleh sekumpulan pelaku, hingga menyebabkan dia terpaksa melupakan impian untuk menjadi arkitek. Apabila sudah dewasa, wanita itu menjadi guru kelas kepada anak-anak pembulinya dan dia mula merencanakan pelan untuk membalas dendam.

    Khususnya ada satu babak di mana seorang pembuli memanggil Moon Dong-eun ke gim dan membakar tangannya menggunakan seterika rambut. Meskipun lakonan setiap pelakon dipuji meninggalkan impak namun, adegan itu dipercayai terlalu ngeri buat tontonan umum.

    Apa yang lebih mengejutkan, adegan tersebut sebenarnya diambil daripada kisah sebenar yang pernah berlaku pada tahun 2006. Pada ketika itu, pembuli A merupakan pelajar di sekolah menengah wanita di Cheongju dan kerap mendera rakannya B, dengan bermacam-macam cara yang menggerikan. Akhirnya, Mahkamah Daerah Cheongju telah mengeluarkan waran tangkap untuk si pembuli, A.

    Selepas mengetahui adegan dalam filem The Glory tersebut pernah berlaku kepada seseorang dalam dunia sebenar, ramai warganet tidak dapat menyembunyikan rasa takut dan terkejut dengan meninggalkan komen seperti:

    “Sungguh mengerikan bahawa adegan itu benar-benar berlaku.”

    “Hari ini lebih menakutkan..”

    “Lebih menakutkan dalam realiti bahawa ia adalah kisah benar.”

    Dalam pada itu, The Glory telah dinobat sebagai K-Drama paling popular kini menerusi Good Data Corporation. – Agensi

    Pelakon utama dalam filem The Glory yang diadaptasi daripada kisah sebenar. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...