Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    The Gunners benam Chelsea

    LONDON, 21 APRIL – Eddie Nketiah memberikan rangsangan kepada usaha Arsenal untuk menamatkan saingan di empat tempat teratas Liga Perdana apabila dua penyerang itu memberi inspirasi kepada kemenangan 4-2 menentang Chelsea kelmarin.

    Nketiah diturunkan bermain di padang oleh Chelsea ketika berusia 16 tahun pada 2015 dan dia membalas dendam dengan mendapatkan gol liga pertamanya pada musim ini.

    Pemain berusia 22 tahun itu meletakkan Arsenal mendahului di Stamford Bridge sebelum Timo Werner menyamakan kedudukan.

    Skuad kendalian Mikel Arteta itu kembali mendahului menerusi Emile Smith Rowe, hanya untuk Cesar Azpilicueta menyamakan kedudukan sekali lagi buat pasukan Chelsea.

    Nketiah menyempurnakan pertembungan derby London apabila dia menghukum pertahanan Chelsea pada separuh masa kedua dan Bukayo Saka memperoleh gol keempat dengan penalti pada masa kecederaan.

    Aksi Eddie Nketiah (kiri) semasa berebut bola dengan Thiago Silva dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Chelsea dan Arsenal di Stamford Bridge, London. – AP

    Selepas tewas dalam tiga perlawanan terakhir mereka, sumbangan penting Nketiah mengembalikan Arsenal dalam saingan untuk melayakkan diri ke Liga Juara-juara pada musim depan menerusi kedudukan empat teratas.

    Pasukan Gunners berada di tempat kelima, di belakag Tottenham yang berada di tangga keempat, kedua-dua pasukan dengan perbezaan gol dan mempunyai baki enam perlawanan.

    Memuji pencapaian Nketiah, Arteta berkata: “Apa yang Eddie lakukan malam ini adalah kerana apa yang telah dia lakukan selama 10 bulan yang lalu dan tiada siapa yang perasan.

    Harapan Arsenal untuk kembali ke Liga Juara-juara buat kali pertama sejak 2017 berdepan satu lagi ujian penting terhadap pasukan yang berada di tangga keenam iaitu Manchester United pada Sabtu nanti.

    Finalis Piala FA, Chelsea kekal di tempat ketiga tetapi mereka kini hanya lima mata mendahului Arsenal dan tidak boleh mengambil tempat empat teratas begitu sahaja. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...