The Gunners ‘kehilangan’ Leno dan Martinelli

LONDON, 24 JUN – Penjaga gawang Arsenal, Bernd Leno mengalami kecederaan lutut tapi tidak seteruk yang dibayangkan, namun The Gunners mengalami satu lagi tamparan hebat ketika penyerang Brazil, Gabriel Martinelli akan diketepikan bagi sepanjang musim.

Leno mengalami kecederaan ligamen dalam kekalahan 2-1 pada perlawanan Sabtu lalu di Brighton, di mana kelab itu mengesahkan akan mengetepikannya selama empat hingga enam minggu.

Pemain Jerman itu dijangka kehilangan sepanjang baki kempen, tetapi dia perlu kembali cergas untuk kembali pada musim depan.

“Setidaknya kita tahu ligamen tidak rosak. Itu adalah kebimbangan terbesar pada awalnya,” kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

“Dia lebih positif dan kurang kesakitan hari ini, jadi itu adalah berita baik.”

Martinelli, 19, telah menjaringkan 10 gol dalam musim ini yang sangat mengagumkan. “Kami mendapat berita buruk sekali lagi semalam semasa dalam latihan.

Ketika melakukan latihan Martinelli bertembung dengan pemain lain, dia mengalami kecederaan di lututnya. “Doktor belum melihat sejauh mana kecederaannya itu tetapi sama sekali tidak kelihatan baik, tambah Arteta.

Kami tidak tahu berapa lama tetapi ia kelihatan berbulan-bulan.” – AFP

Bernd Leno ketika diusung keluar selepas cedera semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Brighton & Hove Albion dan Arsenal di Stadium AMEX di Brighton, England, pada 20 Jun. – AP