Tuesday, September 27, 2022
22.3 C
Brunei

The Happy Pelican muncul juara

-

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JUN – Rekaan arca, The Happy Pelican yang dihasilkan oleh Awang Mohammad Al-Amin Afiq Safwat bin Abrahan dipilih sebagai juara bagi Pertandingan Trash to Treasure dalam Majlis Penutup bagi Minggu Tindakan Iklim Pameran dan Persidangan Pertengahan Tahun Brunei (Brunei MYCE) 2022 yang berlangsung di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Pada majlis berkenaan, pemenang tempat pertama yang membawa pulang hadiah wang tunai $1,500, sijil pencapaian dan tanda penghargaan ialah Awang Mohammad Al-Amin Afiq Safwat.

Tempat kedua yang membawa pulang hadiah wang tunai $1,000, sijil pencapaian dan tanda penghargaan dimenangi oleh Kumpulan Anak Brunei dengan ciptaan The Gong sementara itu, tempat ketiga yang menerima wang tunai $500, sijil pencapaian dan tanda penghargaan dimenangi Kumpulan Trashurecopter dengan ciptaan mereka, Trashurecopter.

Manakala itu, tiga pemenang menerima hadiah sagu hati berupa wang tunai $150, sijil penghargaan dan tanda penghargaan iaitu Kumpulan The 3 Crews dengan ciptaan Mini Human Lamp Stand, Dayang Khairunnasibah binti Haji Abdullah dengan ciptaannya, Multi Functional Storage Set dan Awang Nassaruddin bin Haji Awang Osman dengan ciptaannya, Horse Carriage.

Yang Berhormat Dato Paduka Haji Muhammad Juanda menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang peserta pada majlis tersebut.
Yang Berhormat Dato Paduka Haji Muhammad Juanda bergambar bersama pemenang-pemenang Pertandingan Trash to Treasure pada majlis yang berlangsung di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, kelmarin.

Pertandingan berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Kementerian Pembangunan dan disokong oleh Jawatankuasa Minggu Tindakan Iklim, sempena Brunei MYCE 2022, yang telah dibukakan kepada orang ramai bermula 30 April sehingga 22 Jun lalu.

Sebanyak 23 penyertaan telah diterima bagi pertandingan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai akan potensi mengguna semula bahan yang dibuang secara kreatif untuk dijadikan karya yang berfungsi.

Ia juga menekankan kepentingan penggunaan semula serta menggalakkan orang ramai untuk mempertimbangkan alternatif selain membuang terus ke tapak pelupusan sebagai satu langkah bagi mengurangkan sisa buangan.

Hasil ciptaan peserta akan dipamerkan di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah sepanjang Festival Eko yang diadakan dari 26 Jun hingga 3 Julai ini.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas bot terbalik, ragut 24 jiwa

DHAKA, 25 SEPT – Sekurang-kurangnya 24 orang lemas manakala 24 lagi masih hilang selepas bot yang sarat membawa penganut Hindu terbalik di sebuah sungai...
- Advertisment -