The Hoops kembali bangkit

GLASGOW, 1 Jan – Pengurus pasukan Celtic, Brendan Rodgers memuji para pemainnya kerana terus tenang ketika berada di bawah tekanan ketika mereka bangkit untuk menewaskan Rangers 2-1 dalam persaingan Old Firm di Ibrox.

Celtic ketinggalan bagi kali ketiga musim ini menerusi jaringan awal Kenny Miller sebelum pemain penyerang Perancis, Moussa Dembele menjaringkan gol penyamaan dengan gol kelimanya dalam tiga perlawanan menentang Rangers.

Scott Sinclair kemudian menjaringkan gol kemenangan separuh masa kedua untuk meletakkan kemenangan ke-15 liga bagi pasukan Celtic dan menamatkan rekod tanpa kalah Rangers selama 15 bulan di Ibrox.

“Saya rasa kualiti, kekuatan dan kecergasan kami hadir pada separuh masa kedua tetapi kami masih perlu mencari penyelesaian dalam setiap perlawanan tidak mengira pasukan mana yang dihadapi,” kata Rodgers, yang pasukannya membenam Rangers 5-1 dalam pertemuan pembukaan pada September lalu. – AFP

Moussa Dembele (tengah) ketika meraikan jaringan dalam perlawanan Liga Perdana bola sepak Scotland di Stadium Ibrox, semalam. – AP
Moussa Dembele (tengah) ketika meraikan jaringan dalam perlawanan Liga Perdana bola sepak Scotland di Stadium Ibrox, semalam. – AP