‘The Legend of The Blue Sea’ drama paling berpengaruh hujung 2016

DRAMA Korea The Legend of The Blue Sea diumumkan sebagai drama paling popular sepanjang Disember lalu.

Analisis Korean Business Research Institute dibuat dengan mengambil data 20 buah drama Korea daripada pelbagai aspek termasuk media, komunikasi, komuniti dan jenama.

Drama dibintangi oleh Lee Min Ho dan Jun Ji Hyun itu mengalahkan beberapa drama lain yang sedang ditayangkan pada masa yang sama iaitu Goblin dan Romantic Doctor Teacher Kim.

‘The Legend of The Blue Sea’ menggandingkan lakonan Lee Min Ho dan Jun Ji Hyun.
‘The Legend of The Blue Sea’ menggandingkan lakonan Lee Min Ho dan Jun Ji Hyun.

Biarpun mempunyai pelbagai program istimewa akhir tahun, rating drama ini tidak terjejas yang mana ditonton lebih 2.4 juta pada ambang tahun baru.

Gandingan pelakon Lee Min Ho dan Jun Ji Hyun menjadi faktor utama drama ini mendapat perhatian penonton.