Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    The Magpies dapatkan penjaga gol baharu

    LONDON, 24 JUN – Newcastle berjaya menandatangani penjaga gol England, Nick Pope dari kelab Burnley dengan nilai perpindahan AS$12 juta, menurut laporan kelmarin.

    Pope bersetuju menandatangani kontrak bersama pasukan kendalian Eddie Howe selama empat tahun selepas dia melepasi ujian kesihatan di Tyneside.

    Penjaga gol berusia 30 tahun itu, membuat lapan penampilan bersama England, berjaya membuktikan dirinya sebagai salah seorang penjaga gol terbaik di England dengan membuat 141 penampilan liga bersama The Clarets.

    Newcastle bertindak untuk mendapatkan Pope selepas Burnley tersingkir daripada Liga Perdana musim lalu.

    “Sekarang saya berada di sini, tidak sabar untuk mula beraksi,” kata Pope.

    “Perjanjian itu mengambil masa beberapa minggu untuk selesai, tetapi ia berlalu dengan cepat dan berasa teruja untuk berada di sini serta saya menantikan untuk terus memberikan khidmat untuk pasukan ini,” katanya.

    Pope akan memberikan cabaran sengit kepada penjaga gol pilihan utama, Martin Dubravka. Musim lalu, dia berjaya mencatatkan sembilan perlawanan Liga Perdana tanpa bolos tetapi gagal menghalang Burnley daripada tersingkir dalam kejohanan utama.

    Sementara itu, Pope kembali semula ke dalam Liga Perdana setelah berjaya meraih peluang untuk skuad England beraksi di pentas Piala Dunia pada November ini. – AFP

    Gambar fail menunjukkan aksi Nick Pope menendang bola ketika menjalankan latihan. – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...