Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    The Power of the Dog Filem Terbaik BAFTA 2022

    Bagi pengarah The Power of the Dog, Jane Campion, trofi Filem Terbaik diraih pada Anugerah Akademi British (BAFTA) 2022 adalah atas komitmen padu kru dan pelakon dalam berdepan cabaran menyiapkan naskhah berkenaan pada era pandemik COVID.

    Biarpun tidak dapat hadir pada acara diadakan di Royal Albert Hall, London, United Kingdom (UK), melalui ucapan dibacakan bintang utama filem itu, Benedict Cumberbatch, Campion merakamkan penghargaan tidak terhingga kepada semua tenaga kerja, lapor media.

    “Terima kasih kerana menerima anugerah ini untuk saya. Apa yang saya boleh katakan, filem ini dijayakan dengan sokongan dan perbincangan dengan ramai pihak.

    “Saya gembira dapat bekerja dengan mereka yang mempunyai semangat besar dalam menjayakan jalan cerita ini. Saya sangat bersyukur dengan sokongan mereka iaitu daripada adaptasi skrip hinggalah produksi.

    “Ia adalah suatu kepuasan. Terima kasih kepada pelakon dan kru yang menghadapi cabaran menjayakan filem ini disebabkan pandemik COVID.

    Pada acara itu, The Power of the Dog mengungguli dua anugerah utama manakala filem sains fiksyen, Dune merangkul trofi terbanyak. – Agensi

    “Saya berterima kasih kepada Netflix atas sokongan dan keluarga yang menyokong saya menjadi diri saya hari ini. Saya sangat berbangga dicalonkan bersama barisan finalis hebat,” katanya.

    Pada acara itu, The Power of the Dog mengungguli dua anugerah utama manakala filem sains fiksyen, Dune merangkul trofi terbanyak.

    Daripada 11 pencalonan diterima, Dune arahan Denis Villeneuve membawa pulang trofi bagi kategori sinematografi, kesan visual khas, bunyi, skor original dan rekaan produksi.

    The Power of the Dog yang hanya menerima lapan pencalonan merangkul trofi Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.

    Selain Dune, filem lakonan Cumberbatch yang diadaptasikan dari novel Thomas Savage itu turut mengenepikan filem hebat seperti Belfast, Don’t Look Up dan Licorice Pizza.

    Turut memenangi dua kategori adalah CODA (Child of Deaf Adults) iaitu bagi kategori Pelakon Pembantu Terbaik yang dimenangi bintangnya, Troy Kotsur dan skrip asal.

    Troy Kotsur adalah pelakon kurang upaya pendengaran yang pertama berjaya membawa pulang trofi BAFTA. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...