The Red kini bersedia

LONDON, 14 Sept – Liverpool menyatakan amaran mereka kepada pesaing Liga Perdana dengan menebus kembali kekalahan musim lalu di Tottenham apabila kembali ke Wembley, dengan menghadapi ujian besar dalam membuktikan kelayakan mereka.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu dipuji sebagai pesaing untuk memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris mereka yang pertama sejak 1990 selepas menghasilkan permulaan yang sempurna musim ini.

Pasukan The Reds itu kini mengungguli kedudukan teratas menerusi empat kemenangan yang diraih secara berturut-turut. Tetapi kemenangan mereka ke atas Crystal Palace dan Leicester menggambarkan permainan hambar Mohamed Salah dan kesilapan dari penjaga gol Alisson, menggambarkan Liverpool masih belum selesai menemui rentak mereka.

Gambar fail bertarikh 25 Julai menunjukkan Sadio Mane (tengah) meraikan golnya bersama rakan sepasukan yang lain ketika saingan Piala Juara-juara Antarbangsa menentang Manchester City di Stadium MetLife, New Jersey, Amerika Syarikat. – Xinhua

Mengelak daripada kekalahan, dalam perlawanan hujung minggu ini menentang Tottenham adalah peluang sempurna untuk menjelaskan pertemuan pertama mereka dengan salah satu dari ‘big six’ musim ini. Kunjungan Liverpool menjadi tanda sebagai perlawanan pertama Tottenham dalam pembinaan semula Stadium White Hart Lane mereka selepas lebih setahun tertangguh.

Tetapi di sebalik kebimbangan keselamatan yang menangguhkan pembukaan arena baharu kendalian skuad Klopp adalah kembali ke kediaman sementara Tottenham, Wembley, buat kali pertama sejak kekecewaan mereka musim lalu.

Berkunjung ke Tottenham sudah menjadi mercu tanda bagi Klopp dalam tiga tahun kendaliannya bersama Reds. Perlawanan pertama Klopp sebagai bos Liverpool hanya mampu seri 0-0 pada Oktober 2015. – AFP