The reds jinakkan citizens

LIVERPOOL, 11 NOV – Liverpool merekodkan rentak cemerlangnya untuk menduduki tangga teratas di dalam liga dalam tempoh 30 tahun selepas menewaskan juara bertahan Manchester City dengan jaringan 3-1 kelmarin apabila mendahului lapan mata di atas carta.

Dua gol pertama dalam masa 13 minit dijaringkan oleh Fabinho dan Mohamed Salah pula mula memberikan harapan yang cerah kepada pasukan itu apabila menjaringkan gol kedua sebelum kedudukan itu diperkukuhkan lagi dengan gol ketiga hasil jaringan Sadio Mane.

City pula hanya beraksi untuk menjaringkan gol pada minit ke-78 hasil jaringan Bernardo Silva, sekali gus membawa kekalahan ketiga daripada lapan perlawanan liga itu menjadikan kedudukan pasukan itu turun di tangga keempat, sembilan mata di belakang Liverpool dan memerlukan kemenangan berganda jika mereka mahu mengekalkan kemenangan mereka di tangga teratas liga.

“Ia memerlukan sembilan mata lagi tetapi ia perjalanan yang panjang untuk dipintas,” kata bos Liverpool, Jurgen Klopp.

“Ia tidak penting. Siapa yang mahu menerajui liga pada awal November? Ia adalah sangat penting untuk berada di tangga teratas pada Mei.”

Kemenangan bergaya itu kini telah menyaksikan Liverpool mengungguli carta liga dengan kelebihan lapan mata di depan Leicester dan Chelsea dengan Klopp yang pasukannya kini tidak tewas dalam 29 perlawanan Liga Perdana berkata ketiga-tiga gol yang disumbatkan sebagai ‘menakjubkan.’

“Saya tidak mengetahui banyak cara untuk menewaskan City tetapi jika kamu mahu melakukannya, kami perlu lakukan.” – AFP

Fabinho meraikan jaringan selepas mencetak gol pertama pasukannya pada perlawanan menentang Manchester City di Stadium Anfield awal pagi kelmarin. – AP