Sunday, April 20, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    The Reds kekal rekod sempurna perlawanan awal musim

    LIVERPOOL, 29 SEPT – Liverpool yang bangkit dari ketinggalan untuk mengekalkan rekod sempurna dalam misi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas jaringan dari Sadio Mane, Andy Robertson dan Diogo Jota menewaskan Arsenal 3-1 di Anfield.

    Pasukan Gunners yang turut memenangi dua perlawanan pembukaan liga musim ini dan berjaya menjaringkan gol menerusi serangan balas pantas yang jaringkan oleh Alexandre Lacazette.

    Keputusan perlawanan mungkin berbeza selepas Mane dilayangkan kad kuning seawal minit ke-3 selepas menyiku Kieran Tierney.

    Arsenal yang turun beraksi mengikut perancangan mereka yang telah membuahkan dua kemenangan ke atas Liverpool dalam beberapa bulan kebelakangan dengan mereka bermain lebih ke bawah dan cuba untuk bermain melepaskan dari tekanan Liverpool apabila mengawal bola.

    Namun, tidak seperti pertemuan mereka musim lalu di EPL apabila pasukan kendalian Jurgen Klopp, yang telah memenangi liga dan Piala Perisai Komuniti pada Ogos, nampak lebih berbahaya untuk menarik pemain Gunners keluar dari posisi mereka.

    Satu-satunya peluang yang berjaya dicipta oleh Arsenal adalah ketika mereka berjaya menembusi tekanan pemain Liverpool sebelum separuh masa.

    Kecuaian Robertson selepas gagal mengeluarkan bola hantaran lintang Ainsley Maitland-Niles yang tepat kepada Lacazette, yang gagal membuat percubaan kemas tetapi bola melantun ke tanah dan melepasi penjaga gol Alisson Becker.

    Liverpool memberi respons dengan menyamakan kedudukan tiga minit kemudian hasil jaringan Mane.- AFP

    Aksi penyerang baharu Liverpool, Diogo Jota membuat rembatan semasa beraksi menentang Arsenal dalam perlawanan EPL.- AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda