Thursday, December 5, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    The Reds kekalkan rekod

    LONDON, 30 JAN – Mohammad Salah sekali lagi menjadi wira buat Liverpool selepas berjaya menjaringkan gol dan membuat hantaran kepada Alex Oxlade Chamberlain untuk menjaringkan gol ketika menentang West Ham dengan kemenangan 2-0 semalam dan mengukuhkan kedudukan mereka di atas dengan jarak jurang mata mereka dengan 19 mata lagi di tempat pertama Liga Perdana Inggeris.

    Perlawanan di antara kedua kelab ini di tunda pada bulan Disember lalu kerana Liverpool beraksi di kejohanan Kelab Piala Dunia di Qatar, kejuaraan yang mereka peroleh selepas memenangi di peringkat Piala Eropah musim lepas dan menambah lagi piala dalam kabinet piala-piala mereka.

    Sehubungan dengan itu, sekarang semua hanya perlu sedikit masa lagi untuk Liverpool mengakhiri 30 tahun tidak memenangi Piala Inggeris itu dengan hanya berbaki 14 perlawanan sahaja lagi untuk mengekalkan kedudukan mereka di takhta liga.

    Sementara itu West Ham berada di kedudukan ke-17 liga hanya satu tangga berada di zon penyingkiran dengan hanya membezakan jumlah jaringan bersama pasukan Bournemouth.

    Liverpool sekali lagi beraksi dengan mantap dan mengekalkan rekod tanpa kalah di musim ini, berjaya menewaskan pasukan London itu apabila Salah berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan penalti akibat kekerasan yang dilakukan oleh Issa Diop kepada Divock Origi di minit ke-35.

    Manakala jaringan kedua Liverpool pada minit ke-52 perlawanan melalui serangan kaunter Salah membuat hantaran kepada Chamberlain dan rembatannya melepasi penjaga gawang dan pertahanan West Ham. Trent Alexandre Arnold hampir-hampir menerima padah akibat kecuaiannya memberi ruang kepada West Ham namun percubaan Declan Rice berjaya dihalang Alisson penjaga gawang Liverpool.

    “Perlawanan yang begitu sukar malam ini untuk mencari rentak, mengawal rentak permainan dan kekal memberi tumpuan,” jelas pengurus Liverpool Jurgen Klopp.

    “Ia adalah kebiasaan kami tidak sentiasa mempamerkan permainan yang hebat tetapi sudah cukup bagus buat kami memenanginya.”

    Liverpool telah berjaya menewaskan kesemua 19 pasukan di Liga Perdana musim ini. – AP

    Reaksi Alex Oxlade Chamberlain bersama Roberto Firmino ketika meraikan jaringannya semasa menentang West Ham di Stadium London. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda