LEEDS, UNITED KINGDOM, 20 APRIL – Liverpool terikat 1-1 menentang Leeds United semalam dalam perlawanan yang dibayangi kemarahan pada kelab dari Merseyside yang merancang untuk menyertai Liga Super Eropah (ESL).
Keputusan seri meninggalkan pasukan Liverpool di tangga keenam, dua mata di belakang pasukan di tempat keempat West Ham dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Reds menemukan jaringan pembukaan sebelum rehat menerusi Sadio Mane sebelum Diego Llorente berjaya menyamakan kedudukan dengan gol pertamanya bersama Leeds menerusi tandukan selepas menerima hantaran bola daripada sepakan sudut tiga minit sebelum tamat perlawanan.
Saingan untuk kelompok empat teratas EPL berada di penghujung musim dengan kebiasaannya empat kelab teratas akan mendapat tempat dalam perlawanan Liga Juara-Juara UEFA bagi musim depan.
Tetapi jika juara enam kali Eropah, Liverpool menamatkan saingan di empat tempat teratas, mereka mungkin digantung daripada kejohanan itu kerana pertelingkahan yang berlaku dengan UEFA, badan induk bola sepak benua berkenaan selepas muncul satu daripada 12 pasukan merancang mewujudkan ESL. Menurut cadangan berkenaan, 15 pasukan asal akan kekal dalam kejohanan daripada 20 pasukan setiap tahun tanpa perlu melalui kelayakan.

Penyokong Leeds dan Liverpool melakukan protes di luar Stadium Elland Road sebelum perlawanan bermula manakala kain rentang bertulis: “Lakukan ia di padang. Bola sepak ialah untuk peminat.”
Pemain Leeds juga memakai kemeja T sebelum perlawanan dengan mesej sama manakala sebuah pesawat melintasi stadium berkenaan juga membawa mesej ‘#SayNoToSuperLeague’.
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, yang sebelum ini tidak bersetuju dengan penubuhan ESL, bergelut untuk menyatakan pembabitan kelabnya dalam kejohanan baru dicadangkan itu ketika sidang media bersama Sky Sports.
“Satu perkara yang saya faham dan bahawa orang merasakan adalah tidak betul mengenai tahap kompetitif itu, saya faham,” katanya.
Selain itu, tiada kelab dari negara kelahiran Klopp iaitu Jerman menyertai ESL, dengan pasukan gergasi Eropah, Bayern Munich memberi penjelasan mereka sangat gembira dengan struktur terkini dalam bola sepak. – AFP






























