Tuesday, April 16, 2024
31.7 C
Brunei

    -

    The Reds menang selesa

    LIVERPOOL, 5 OKT – Kapten Liverpool, Jordan Henderson berkata, The Reds perlu ‘menghentikan desas-desus’ selepas meredakan krisis awal musim dengan kemenangan selesa 2-0 ke atas Rangers di Anfield, semalam.

    Skuad kendalian Jurgen Klopp hanya memenangi tiga daripada sembilan perlawanan pertama Liga Perdana dan Liga Juara-Juara tetapi tidak boleh mengharapkan lebih daripada itu selepas menewaskan Rangers.

    Sepakan percuma menakjubkan Trent Alexander-Arnold selepas hanya tujuh minit perlawanan meletakkan Liverpool di depan namun penjaga gol lawan berusia 40 tahun, Allan McGregor bertindak cemerlang mengurangkan jumlah jaringan pada separuh masa pertama.

    Penalti Mohamed Salah pada awal babak kedua menamatkan sebarang keraguan mengenai keputusan aksi itu menyebabkan Ranger masih menanti mata pertama dalam Kumpulan A selepas tiga perlawanan.

    Liverpool mendahului tiga mata berbanding Ajax yang tewas 1-6 di tempat sendiri kepada pendahulu kumpulan, Napoli.

    Aksi Mohamed Salah (kiri) bersaing dengan Connor Goldson semasa perlawanan di antara Liverpool dan Glasgow Rangers di Anfield di Liverpool, barat laut England pada 4 Oktober 2022. – AFP

    “Ia boleh menjadi sukar. Awda cuba tidak mendengar media sosial terutamanya apabila melalui tempoh sukar baik sebagai individu atau sebuah pasukan.

    “Awda perlu hentikan bunyi bising dan fokus kepada apa yang awda lakukan setiap hari serta fokus apa yang kami mampu capai sebagai satu pasukan.

    “Ia kadangkala boleh menjejaskan pemain tetapi awda perlu mencuba dan mencari cara untuk membakar semangat ketika di atas padang,” katanya.

    Klopp menyaksikan bagaimana Darwin Nunez gagal untuk meledak gol pertamanya di Anfield selepas bintang Uruguay itu terlepas beberapa peluang terbaik.

    “Inilah yang kami benar-benar mahukan. Ia adalah persembahan yang hebat dan mantap. Kadangkala awda perlu melakukan perubahan,” kata Klopp yang menukar formasi 4-3-3 kepada 4-2-3-1.

    Alexander-Arnold sebelum ini juga berdepan kritikan kerana kurang kua-liti pertahanan dalam perlawanan awal Liverpool sejak musim baharu.

    Namun pemain pertahanan kanan itu menunjukkan sepakan berkualiti ke penjuru gawang yang memberikan sedikit kelegaan kepada Liverpool. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...