LIVERPOOL, 24 MEI – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memuji skuadnya yang berjaya layak ke Liga Juara-Juara musim depan ketika kehadiran semula peminat ke Stadium Anfield dengan kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace adalah impian jadi kenyataan.
Sekalipun berdepan musim sukar mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berikutan kecederaan beberapa pemain utama, namun Liverpool berjaya melakar 10 perlawanan tanpa kalah berturut-turut
untuk menamatkan kempen di tangga ketiga di belakang Manchester City dan Manchester United.
Penyokong berkurung ketika Liverpool menamatkan penantian 30 tahun untuk memenangi kejuaraan liga musim lalu kerana COVID-19 dan kehadiran 10,000 peminat pagi ini adalah antara jumlah terbesar di Anfield sejak 14 bulan lalu.
“Menamatkan saingan musim ini di tempat ketiga adalah menakjubkan. Saya tidak mempercayainya. Pujian kepada pemain, saya tidak percaya bagaimana ia boleh terjadi dalam tempoh beberapa minggu lalu,” kata Klopp.
“Menakjubkan, ia impian terbaik. Kami mahukan perasaan seperti ini, perlawanan ini, suasana ini.” – AFP
