The Reds tanpa Van Dijk sepanjang musim

LONDON, 19 OKT – Pemain pertahanan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) mengesahkan bahawa Virgil van Dijk telah mengalami kecederaan ligamen lutut dan dilaporkan berkemungkinan akan terlepas kesemua baki perlawanan musim ini.

Van Dijk memerlukan pembedahan, tercedera selepas asakan kasar dari penjaga gawang Everton, Jordan Pickford dalam perlawanan seri 2-2 pada Sabtu lalu.

“Ligamen lutut bahagian tengah mengalami kerosakan berikutan insiden yang melibatkan penjaga gol Everton, Jordan Pickford selepas enam minit perlawanan bermula di Goodison Park,” kata Liverpool dalam satu kenyataan.

“Van Dijk digantikan dan menjalani pemeriksaan lebih lanjut mengenai kecederaan, menunjukkan pembedahan akan diperlukan. Tidak ada tempoh waktu yang ditentukan bila dia akan dapat kembali beraksi.”

Paling tidak dalam beberapa bulan, meninggalkan Jurgen Klopp dengan masalah besar untuk diselesaikan untuk musim The Reds berada di landasan yang betul. Kapten Belanda itu juga berisiko terlepas Euro 2020 yang ditangguhkan pada bulan Jun depan.

“Saya berharap anda cepat pulih,” kata penjaring terbanyak Liverpool, Mohamed Salah. – AFP

Reaksi Virgil van Dijk selepas dikasari oleh penjaga gawang Everton, Jordan Pickford yang menyebabkan kecederaan semasa perlawanan antara Everton dan Liverpool di Stadium Goodison Park, pada 17 Oktober. – AP