The Rhythm Section rungkai tragedi kemalangan pesawat

Oleh Adiiwira

Pada Khamis lalu, dua buah filem telah dilancarkan yang secara langsung memasuki carta pecah panggung iaitu filem terbitan Paramount The Rhythm Section dan filem fantasi seram terbitan Orion, Gretel & Hansel.

The Rhythm Section ini merupakan filem aksi R-rated yang mengisahkan tentang seorang wanita bernama Stephanie Patrick menyiasat kemalangan pesawat yang membunuh keluarganya bukan secara tanpa sengaja setelah dikhabarkan oleh kawannya. Kemalangan pesawat itu dikatakan terjadinya pengeboman oleh seseorang dengan sengaja. Dengan perasaan yang penuh dendam, Stephanie mula memata-matai orang-orang yang terlibat dalam kemalangan tersebut untuk membalas dendam atas kematian keluarganya.

Filem ini dihasilkan oleh Michael G. Wilson dan Barbara Broccoli yang merupakan penghasil filem James Bond dan filem ini memperuntukkan sebanyak AS$50 juta. Filem arahan Reed Morano ini berdasarkan novel Mark Burnell yang menggunakan nama yang sama dengan novel tersebut. Filem ini juga pernah ditangguhkan dua kali kerana kecederaan tangan pelakon utamanya ketika set penggambaran.

Ketika pelancarannya, filem ini hanya berjaya mengutip hasil jualan tiketnya sebanyak AS$3 juta di 3,049 buah lokasi di Amerika Utara yang jauh daripada jangkaan kutipan pelancaran dalam lingkungan AS$4 juta hingga AS$8 juta.

Filem ini dilakonkan oleh Blake Lively sebagai watak utama dan beberapa barisan pelakon lain seperti Jude Law, Sterling K. Brown, Max Casella, Daniel Mays dan ramai lagi.

Bad Boys for Life tetap unggul kedudukan teratas di carta pecah panggung. – Agensi
Filem baharu terbitan Paramount The Rhythm Section merupakan filem R-rated. – Agensi
Gretel & Hansel merupakan filem adaptasi cerita rakyat Jerman yang mendapat kedudukan keempat dalam carta minggu ini. – Agensi
1917 kini menduduki tangga kedua carta minggu ini. – Agensi

Sementara filem bergenre fantasi seram, Gretel & Hansel merupakan sebuah filem yang berdasarkan cerita rakyat Jerman, Hansel and Gratel oleh Grimm Bersaudara, tetapi filem ini digambarkan dalam versi dongeng baharu tentang seorang gadis muda dan abangnya, yang secara tidak sengaja mendapati diri mereka berada di rumah seorang penindas jahat. Filem terbitan Orion ini diarahkan oleh Oz Perkins yang hanya memakan belanja penghasilannya sebanyak AS$5 juta.

Pada pelancarannya Khamis lalu, filem mini ini berjaya meraih kutipan AS$6 juta dari 3,007 buah panggung. Justeru, hasil kutipan yang diperoleh mencapai sasaran merentas nilai penghasilannya. Di antara pelakon-pelakon yang memerankan watak dalam filem ini seperti Sophia Lillis, Sam Leakey, Charles Babalola, Jessica De Gouw dan Alice Krige.

Ketika pelancarannya, kedua-dua buah filem ini kurang mendapat sambutan yang hangat tidak seperti Bad Boys for Life. Penonton The Rhythm Section memberikan nilai C+ Cinemascore dan mendapat nilai 30 peratus Rotten Tomatoes dari pengkritik. Manakala, Gretel & Hansel hanya mendapat nilai C- Cinemascore kerana penonton kecewa dengan filem tersebut.

Pelancaran dua filem baharu ini juga masih belum dapat mengatasi filem Threequel, Bad Boys for Life yang tetap unggul di kedudukan carta pecah panggung minggu ini yang secara langsung memecah rekod baharu bagi rekod pecah panggung.

Filem ini telah mendapat kutipan sebanyak AS$291 juta bagi pasaran global hingga kini. Malah, filem ini berjaya mengatasi rekod pecah panggung mereka terdahulu, Bad Boys II pada tahun 2003 iaitu perbezaan sebanyak AS$271 juta.

Bagi pencapaian pecah panggung lain, filem terbitan Lionsgate Knive Out juga menghampiri sasaran mereka AS$300 juta, iaitu dengan kutipan AS$293.7 juta di seluruh dunia, yang mana AS$138 juta diperoleh dari kutipan antarabangsa.

Kedudukan filem terkini

Walaupun filem The Rhythm Section dan Gretel & Hansel merupakan filem baharu, dua buah filem ini tidak mendapat kedudukan dua teratas carta pecah panggung minggu ini. Hanya filem Gretel & Hansel berjaya menduduki kedudukan keempat minggu ini dengan kutipan AS$6 juta.

Pada kedudukan kedua minggu ini, filem 1917 tetap kukuh diduduki dengan kutipan AS$9 juta. Filem ini telah menambah kutipannya di 61 buah wilayah luar negeri sebanyak AS$20.9 juta. Setakat ini 1917 berjaya mengumpulkan AS$249 juta di pecah panggung seluruh dunia termasuk AS$129 juta di luar negara.

Semoga pencapaian ini semakin berkembang dengan mendapat kemenangan di Oscar pada 9 Februari mendatang. Filem terbitan Universal, dengan kutipan sebanyak AS$8 juta. Manakala kedudukan kelima pula diduduki oleh filem aksi komedi Jumanji: The Next Level yang berada selama lapan minggu di dalam carta dengan kutipan AS$6 juta.

Secara kesimpulannya, kedudukan carta pecah panggung minggu ini tiada banyak berubah seperti carta minggu lepas.

Dalam hal ini juga, penjualan tiket pawagam berkurangan kerana acara Super Bowl iaitu kejohanan NFL merupakan acara TV paling ditonton tahun ini. Menurut Comscore, jualan tiket keseluruhan untuk hujung minggu berakhir kira-kira AS$85 juta, yang merupakan kutipan paling teruk kedua dalam tempoh hampir 15 tahun.

Dengan adanya Super Bowl ini, ia dianggap zon mati bagi industri perfileman, justeru adakah dengan pelancaran filem terbitan Warner Bros, Birds of Prey pada 7 Februari mendatang dapat mengatasinya.

Sama-sama kita nantikan sejauh mana kehebatan filem Bird of Prey ini untuk dapat mengatasi Bad Boys for Life bagi kedudukan teratas carta pecah panggung.