Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    ‘The Rock’ bakal dijual AS$30j

    GENEVA, 8 MEI – Berlian putih terbesar pernah dijual pada pelelongan, bergelar ‘The Rock’, akan dilelongkan di Geneva pada Rabu dan mungkin dijual sehingga AS$30 juta atau lebih.

    Batu dengan 228.31 karat itu bakal dilelong bersama berlian kuning yang dikaitkan lebih satu abad dengan Palang Merah, yang akan menerima beberapa keuntungan daripada jualannya.

    The Rock ‘benar-benar berlian berbentuk pear yang luar biasa,” kata Max Fawcett, ketua jabatan barang kemas di firma pelelongan Christie’s di Geneva. Ia adalah ‘berlian putih terbesar yang pernah ditawarkan pada pelelongan,” beritahunya kepada AFP pada previu pada Jumaat.

    The Rock buat masa sekarang berada di tangan pemilik tanpa nama di Amerika Utara.
    Ia mungkin memecah rekod apabila ia dilelongkan.

    Pakar berkata hanya beberapa berlian yang sama saiz dan kualiti dengan The Rock. Rekod Christie’s untuk berlian putih yang serupa adalah AS$33.7 juta, dijual di Geneva pada 2017 untuk batu permata 163.41 karat.

    Lebih besar daripada bola golf, The Rock dikeluarkan dari lombong di Afrika Selatan pada awal 2000. Ia telah dipamerkan di Dubai, Taipei dan New York sebelum dijual di Geneva. – AFP

    Gambar diambil pada 6 Mei 2022 menunjukkan ‘The Rock’, berlian putih berbentuk pear yang akan dijual pada pelelongan di Geneva pada 11 Mei ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...