The Rock hentikan penggunaan senjata tulen dalam filem

Bintang Hollywood, Dwayne Johnson atau The Rock memutuskan untuk menghentikan penggunaan senjata asli bagi mana-mana filem yang dihasilkan syarikatnya.

Lapor Abc News, keputusan itu diambil beliau susulan kematian pengarah sinematografi, Halyna Hutchins yang secara tidak sengaja ditembak pelakon, Alec Baldwin ketika melakukan penggambaran filem Rust baru-baru ini.

Dwayne menegaskan setiap filem keluaran syarikatnya hanya akan melibatkan senjata berpeluru getah bagi tujuan keselamatan. – Agensi

Dwayne Johnson memutuskan untuk menghentikan penggunaan senjata asli bagi mana-mana filem yang dihasilkan syarikatnya. – Agensi