The Royal Bees terus beri saingan

Oleh Fadhil Yunus

MANILA, 27 NOV – Pasukan bola jaring kebangsaan Brunei Darussalam memberikan saingan yang baik kepada pasukan Singapura walaupun tewas 62-38 di Kompleks Sukan Santa Rosa di Laguna Filipina, kelmarin.

Berangkat menyaksikan perlawanan tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Brunei Darussalam (BDNOC). Berkenan mengetuai The Royal Bees ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah.

Brunei mengatasi Singapura selepas mendahului seketika 9-8 dalam suku pertama dan masih beraksi dalam perlawanan walaupun mereka ketinggalan hanya lima mata pada suku kedua.

The Royal Bees juga mengulangi permulaan mereka yang baik pada suku kedua selepas berjaya mendahului dengan jaringan 17-14, tetapi serangan dan jaringan daripada Singapura, yang bertanding di Piala Dunia di Liverpool awal tahun ini, membantu mereka merebut kembali untuk mendahului perlawanan.

Brunei terus mengasak dengan mendahului perlawanan 5-2 menentang pemenang pingat perak itu apabila pihak lawan bergelut dengan jaringan dan hantaran bola yang kurang tepat, menggambarkan ia bukan ciri-ciri permainan pasukan pilihan Singapura.

DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bagi menyaksikan Peringkat Saringan Perlawanan Sukan Bola Jaring Sukan SEA ke-30 antara pasukan negara The Royal Bees yang diketuai oleh YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah menentang pasukan Singapura di Kompleks Sukan Santa Rosa, Filipina, kelmarin. – Gambar oleh Infofoto
Aksi YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah ketika diberi tentangan oleh pasukan lawan. – Gambar oleh Infofoto

Pertahanan Singapura mengekori Nur Hafizah Haji Abdul Sidek di bahagian atas bulatan gelanggang, memberikan ruang kepada Zuraidah binti Haji Amit untuk bergerak bebas dan meletakkan Brunei 6-3. Penyerang sayap Yang Teramat Mulia menunjukkan aksi pantas untuk melakukan hantaran bola sekali gus memberikannya kredit assist.

Penjaga gol Singapura Chairmane Soh menyaksikan hantaran jauhnya melantun jauh dan pemain penyerang Kai Weh Toh memberikan rebound yang baik.

Melody Teo bermain dengan hantaran jauh untuk Charmaine Soh yang memberikan penyudah klinikal sebelum memberikan pasukannya mendahului buat kali pertama dalam perlawanan. The Royal Bees akan meneruskan kempen perlawanan menentang Malaysia hari ini sebelum mengakhiri pusingan kelayakan menentang Filipina pada hari berikutnya.

Empat pasukan teratas, yang dijamin akan menaiki podium, akan mara ke separuh akhir.

Thailand menewaskan Filipina 64-29 dalam perlawanan lain yang bermakna pingat gangsa yang terakhir akan ditentukan oleh pasukan tuan rumah dan Brunei dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan pada Jumaat depan.